Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Artis Naungan Rocketfuel Entertainment Kini Ke Peringkat Antarabangsa!

by Khai Azfar
April 23, 2019
Share on Facebook

Disebalik kejayaan selebriti tanah air sebenarnya mempunyai pihak pengurusan mereka yang banyak membantu melancarkan karier seni mereka. Pelbagai kejayaan telah tercipta hasil gandingan mereka bersama termasuklah seperti syarikat pengurusan bakat Astro, Rocketfuel Entertainment yang terus mengorak langkah dalam meluaskan agensi pemasaran bakat, syarikat rakaman serta kandungan digital mereka ke pasaran baru.

Ash Stymest Kini Di Bawah Rocketfuel Entertainment 

Siapa sangka kini syarikat hiburan tersebut telah membuktikan kehebatannya di rantau Asia Pasifik termasuklah menjadi syarikat rakaman ‘independent’ nombor satu di Malaysia. Terbaharu, mereka menguatkan lagi barisan bintang mereka dengan menandatangani Ash Stymest

Berpengkalan di Los Angeles, bintang kelahiran UK ini sudah terbabit dalam pelbagai projek sebagai model, pelakon dan kini sedang berjinak-jinak dengan dunia muzik. Ash baru sahaja menandatangani perjanjian global bersama Interscope Records North America (Eminem, Blackpink, Selena Gomez) dan Universal International dengan EP pertama yang bakal dilancarkan dalam bulan-bulan yang akan datang.

Chaleeda Gilbert Kini Jadi Pelakon 

Selain itu, Rocketfuel turut berbangga dengan mengumumkan bahawa bakat muzik mereka berjaya mencatatkan rekod sebanyak 20 Platinum, satu daripada label paling berjaya di Malaysia yang mampu mencapai tahap sedemikian kurang daripada dua tahun. Menyusuli kejayaan itu, Chaleeda Gilbert, bintang antarabangsa Rocketfuel pertama sedang menikmati kejayaan hebat dalam kerjaya muzik serta lakonannya.

“Kami bangga untuk mengumumkan bahawa Chaleeda telah dipilih untuk membintangi sebuah siri Netflix Original berjudul The Stranded, arahan Jim-Sophon Sakdaphisit (The Promise, Shutter), dan diterbitkan oleh calon Oscar Gary Levinhson (12 Monkeys, Saving Private Ryan),”

Luaskan ‘Empayar’

Dalam pada itu, jaringan kandungan Rocketfuel,16 Baris bakal berkembang dari Malaysia ke Thailand dan salah seorang penyanyi naungan mereka Masya Masyitah akan ke China untuk mengambil bahagian dalam rancangan realiti popular anjuran Tencent Media berjudul, The Coming One (S3). Selain penyanyi-penyanyi tersebut, antara selebriti naungan Rocketfuel Entertainment adalah Zizan Razak, Hael Husaini, Ernie Zakri, Lisa Surihani, Sufi Rashid, Syamel,Ummi Nazeera, Aisyah Aziz, Ara Johari dan ramai lagi! Tahniah buat Rocketfuel Entertainment!

ALPHA Perkenal Single Kedua “P. Ramlee & Saloma” – Manifesto Baharu Muzik Serantau
Ash StymestChaleeda Gilbertmasya masyitahrocketfuel entertainment
https://lomp.at/4zaea
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore