Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

ALPHA Perkenal Single Kedua “P. Ramlee & Saloma” – Manifesto Baharu Muzik Serantau

by Aphit J.
July 19, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas mencipta fenomena dengan debut single Mona Lisa (Bang Bang), kumpulan muzik lelaki serantau, ALPHA kembali dengan buah tangan kedua berjudul P. Ramlee & Saloma.

Hasil Tiga Komposer Berbakat

Lagu ini menandakan perubahan drastik dalam arah muzik mereka dengan sentuhan balada penuh emosi yang memperlihatkan sisi lebih matang dan mendalam daripada kumpulan berjiwa muda ini.

P. Ramlee & Saloma, diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment dan merupakan hasil kolaborasi tiga komposer berbakat — Justin Seow, Mohsein Kush, dan RFE.

Lagu ini tidak hanya memperkenalkan muzik baru, tetapi menjadi manifesto artistik ALPHA yang menegaskan identiti mereka sebagai kumpulan yang berani mencabar norma arus perdana.

Pencarian Bakat Lelaki Seluruh Asia Tenggara

via Instagram ALPHA Official

Kemunculan ALPHA bermula dari pentas realiti Big Stage Alpha, versi spin-off kepada rancangan Big Stage yang menumpukan kepada pencarian bakat lelaki dari seluruh Asia Tenggara.

Seramai 18 peserta dari Malaysia, Singapura, Brunei, dan Indonesia bertanding selama lapan minggu dalam pelbagai cabaran vokal dan persembahan.

Dinilai oleh juri profesional seperti Edry Abdul Halim, Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini, hanya tujuh peserta paling menyerlah dipilih untuk membentuk ALPHA.

Memperkenalkan Muzik Yang Lebih Segar

via Rocketfuel

Dianggotai oleh Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky, ALPHA membawa misi besar untuk menjadi pelopor generasi baharu muzik Asia Tenggara.

Topik Berkaitan Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

Nama ALPHA sendiri melambangkan permulaan, kekuatan dan kepimpinan. Mereka hadir dengan satu impian iaitu memperkenalkan muzik segar, berani dan berkualiti tinggi ke persada antarabangsa.

Single sulung mereka, Mona Lisa (Bang Bang), ciptaan gabungan antarabangsa seperti Justin Seow, Kuizz, James Chaw dan lain-lain, membawa elemen K-pop moden yang bertenaga dan “catchy”.

Video muziknya yang dilancarkan pada 6 Julai lalu kini meraih lebih 250,000 tontonan di YouTube.

Mengetengahkan Bakat Serantau

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, pelancaran ALPHA adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengetengahkan bakat serantau.

Kami yakin bakat Asia Tenggara mampu mencipta impak global dengan bimbingan dan platform yang betul.

Single P. Ramlee & Saloma kini boleh distrim di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Video muzik rasmi lagu ini juga bakal dilancarkan di saluran YouTube @RocketFuelNetwork tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ALPHAMona Lisa (Bang Bang)P. Ramlee & Salomarocketfuel entertainment
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  4. 4

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

  5. 5

    Zakat Selangor Bidas Netizen Isu Azlan The Proton-Type- “Tahu Nak Buat Engagement, Tapi Biar Kena Cara’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara