Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

B40 Pun Boleh Nikmati Kopi Geisha! HWC COFFEE & BAPE Café Jadi Tumpuan

by Phic ARMAN
September 29, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini MURAI sendiri pergi KLCC untuk tengok HWC COFFEE x BAPE Café Grand Launch. Masuk je kafe, terus rasa suasana lain macam,  gabungan kopi wangi dengan vibe streetwear BAPE yang memang stylish. Walau nampak high class, semua orang dari pelbagai lapisan pun selesa je join.

Acara mula dengan upacara pecah belon oleh CFO BAPE Café, Mr. Philip dan CEO HWC, Ms. Zenda Ng. Lepas itu ada muzik video baru HWC dan persembahan tarian yang buat ramai tepuk tangan, meriah habis!

Dua Kopi Istimewa Jadi Tarikan

HWC perkenal dua jenis kopi premium:

  • Panama Geisha Blend
  • Panama Los Lajones Geisha Honey 12D (LLGH)

Kedua-dua kopi ini terkenal sebab bau bunganya wangi dan rasa manis lembut. Yang best, Panama Geisha Blend dah boleh cuba kat semua outlet HWC,  kalau nak upgrade ke biji Geisha, tambah RM2 je. Jadi kalau biasa minum latte RM12, top up sikit je dah boleh rasa kopi premium!

Yang betul-betul limited, Panama LLGH hanya ada di BAPE Café KLCC dengan harga RM59 secawan pour-over atau RM299 untuk 227g bag. Memang untuk yang nak belanja sekali-sekala je, sebab stok pun terhad.

Sembang Ringkas Dengan HWC

Kami sempat tanya team HWC:

Kenapa kolaborasi ni? Mereka nak orang rasa kopi cara bergaya dan sesuai untuk bergambar, sambil tunjuk HWC ni kafe yang kreatif.

Apa uniknya BAPE Café x HWC? Hiasan penuh tema BAPE, minum kopi sambil rasa macam dalam dunia fesyen jalanan.

Drama & muzik video tu? Itu cara HWC tarik minat anak muda kenal kopi specialty. “Kopi bukan sekadar minuman, tapi pengalaman,” kata mereka.

Harapan? Nak lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk golongan biasa macam kita, kenal kopi premium.

Menu baru? Dua kopi Geisha ni lah bintang utama.

Drama TikTok “Cinta Si Coffee Hunter”

HWC pun lancar drama mini TikTok, Cinta Si Coffee Hunter di tayang 1–30 Oktober, 1 episod 3 minit sehari. Pelakon macam Syafitee dan Dayang Areeda bawa cerita cinta dan kopi, memang santai untuk tengok waktu rehat.

Coffee Rave & Giveaway

Acara tutup dengan DJ Coffee Rave Party oleh Ashley Lau, lagu best, hadiah menarik, crowd sporting!

Sempena International Coffee Day (1 Okt 2025), ada promo yang B40 pun boleh enjoy:

Top 100 HWC Coffee Hunter Subscribers boleh tebus secawan Los Lajones Geisha Honey 12D percuma dalam 7 hari. 1,000 cawan Panama Geisha Blend Americano PERCUMA untuk pengguna app HWC, tunjuk app je dekat mana-mana outlet terpilih.

Serius, walaupun ada kopi premium mahal, ramai pengunjung biasa macam kami pun rasa seronok. Event ni bukti kopi best tak semestinya untuk orang berada je, semua boleh enjoy kalau pandai pilih menu dan rebut promo!

HWC COFFEE
https://lomp.at/bgnt5
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Selera

Ramadan Iftar Terapung & Atas Air: Suasana Bali Di Tengah Cheras?

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Kalau sebut Cheras, kebanyakan orang bayangkan kafe biasa, kedai makan standard, atau restoran di tepi jalan. Tapi MURAI baru-baru ini...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore