Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Bad Samaritan Filem ‘Plot Twist’ Mendebarkan!

by Khai Azfar
May 3, 2018
Share on Facebook

Pada mulanya melihatkan pada poster filem tanpa menonton trailer nya, membuatkan kami kurang berminat untuk menonton filem Bad Samaritan ini. Enggan menaruh harapan seperti filem Beyond The Edge yang akhirnya menemui kekecewaan, siapa sangka filem ini memberi pandangan yang cukup berbeza untuk diulaskan!

Buat Jantung Berdegup Kencang

Semalam, murai.my dengan kerjasama TGV Cinemas berkesempatan untuk menonton filem terbaru arahan pengarah Independence Day, Dean Devlin ini. Menariknya lagi filem ini membuatkan jantung anda berdegup kencang dengan elemen ‘suspen’ serta pelbagai faktor yang tak dijangka sehingga pengakhirannya. Malah berdasarkan pengalaman kami di pawagam, kebanyakan penonton menjerit kerana terkejut dengan aksi yang begitu mendebarkan.

Filem Di Luar Jangkaan

Mengisahkan mengenai dua sahabat yang gemar mencuri barang milik pelanggan mereka. Filem ini ternyata membuatkan anda terfikir sejenak dan kagum dengan jalan penceritaanya yang pada mulanya disangka ianya mengenai kisah pencuri yang akhirnya bakal ditangkap seperti kelaziman kebanyakan filem.

Pujian harus diberikan pada produksi Bad Samaritan kerana berjaya membawa satu jalan cerita yang baharu! Namun begitu suka untuk kami peringatkan pada anda, untuk mereka yang mempunyai penyakit lemah jantung adalah sama sekali tidak digalakkan menonton filem ini dan begitu juga dengan kanak-kanak kerana terdapat pelbagai adegan yang tidak sesuai untuk golongan ini.

YouTube video

Sinopsis Bad Samaritan

Mengisahkan mengenai dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai petugas valet di sebuah restoran. Namun begitu, disamping menjaga kereta pelanggan, mereka turut mengambil kesempatan untuk merompak rumah pelanggan.

Namun begitu, apabila merompak sebuah rumah pelanggannya yang kaya, salah seorang daripada mereka terjumpa seorang gadis yang didera dipercayai telah dijadikan sebagai hamba seks. Daripada mencuri, mereka merancang untuk menyelamatkan gadis tersebut. Akan tetapi rancangan mereka itu seolah-olah telah dihidu oleh pelanggannya yang bertekad untuk membalas dendam kerana mengetahui akan kegiatannya itu.

Untuk keseluruhannya, anda perlulah menonton filem ini berdekatan kerana ianya pasti membuatkan nafas anda berdegup kencang dan berbaloi untuk ditonton!

bad samaritanreview bad samaritansinopsis bad samaritan
https://lomp.at/u5mq5
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore