Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Baju Wann Dalam GV6 Tiru Idea Hatta Dolmat?

by Khai Azfar
November 4, 2019
Share on Facebook

Pada persembahan minggu keempat Gegar Vaganza musim keenam (GV6), penyanyi Wann memukau penonton dengan lagu duet bersama penyanyi lagenda, Aris Ariwatan yang berjudul Engkau Laksana Bulan.

Bukan sahaja paduan suara mereka menjadi bualan hangat peminat malah busana yang dipakai Wann turut mendapat pujian kerana kelihatan begitu cantik apatah lagi mengangkat elemen melayu klasik.

Rekaan Sama Seperti Hatta Dolmat  

Namun begitu disebalik baju tersebut, muncul pula dakwaan kononnya baju yang ditaja oleh Arma Couture itu telah meniru rekaan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Spekulasi tersebut mula hangat diperkatakan di media sosial setelah Hatta turut memuat naik semula gambar dan video baju yang direkanya sebelum ini buat pernikahan pereka dan penasihat fesyen, Tym Fatimah.

View this post on Instagram

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_)

Seperti menyindir rekaan Arma Couture, Hatta turut berseloroh di laman Instagram nya dengan menyangka bahawa Tym turut muncul di Gegar Vaganza.

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Menyedari rekaan itu hampir sama, pengguna media sosial mula membanjiri ruangan komen Instagram Arma dan Hatta dengan membuat perbandingan kepada kedua-dua rekaan tersebut.

Sehingga kini, tiada penjelasan lanjut dari pihak Arma Couture mengenai persamaan baju yang digayakan oleh Wann dalam persembahan malam tadi. Sebagai info, Arma Couture menjelaskan persalinan klasik Wann dan Aris telah mendapat perincik manik bunga tabur di atas rona perak fabrik dari sutera Siam (Thailand).

arma couturebaju wann GV6Hatta Dolmat
https://lomp.at/p2saa
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara