Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Bakal Dominasi Dunia Fesyen? Kenali Lila Moss, Anak Perempuan Kate Moss Yang Menghidap Diabetes

by Lisa Ghani
February 15, 2023
Foto - Vogue

Foto - Vogue

Share on Facebook

Nampaknya Lila Moss semakin mantap membina nama dalam industri fesyen. Mengikuti jejak langkah ibunya, Kate Moss untuk menjadi model, Lila kini bergelar duta jenama YSL.

Baru berusia 20 tahun, wajah Lila akan menghiasi kempen beberapa produk ikonik YSL Beauty seperti All Hours Foundation, Rouge Volupté Lipstick, Lash Clash Mascara dan Rouge Volupté Candy Glaze Lip Gloss.

Foto – Vogue

YSL Beauty memilih Lila Moss sebagai duta jenama kerana sikapnya yang yakin. Dia juga mempunyai deria fesyen yang unik yang merupakan manifestasi keperibadian gaya dalam generasinya.

Mula karier usia remaja

Lila Moss memulakan kerjaya sebagai model pada usia 14 tahun pada 2016, apabila dia dan Kate Moss bergambar bersama untuk majalah Vogue Italia.

Foto – Vogue

Selepas itu, kerjayanya mula berkembang pesat dalam dunia fesyen. Buat pertama kali, dia berjalan untuk koleksi Versace pada September 2021 di Minggu Fesyen Milan, menjadi model jenama Fendi, Marc Jacobs Beauty dan Ermanno Scervino. Malah, berjaya menjadi muka depan British Vogue.

Foto – Vogue

Tahun lepas saja, Lila menjadi tumpuan di Anugerah Fesyen 2022. Di mana, dia mencetus perhatian kerana dicalonkan anugerah ‘Model of the Year’, tetapi telah dimenangi oleh Bella Hadid.

Siapa sangka dia disahkan menghidap diabetes

Dipetik daripada Dailymail, Lila mendedahkan keadaannya menerusi video Youtube Vogue In The Bag. Dalam segmen tersebut, Lila berkongsi barangan yang ada dalam beg tangannya. Salah satunya, dia membawa tablet gula serta alat insulin untuk mengawal paras gula dalam darah bersamanya pada setiap masa.

YouTube video

“Saya rasa tidak ramai yang tahu bahawa saya menghidap diabetes. Ia tidak kelihatan dari luar, jadi tiada siapa yang benar-benar tahu.”

Nota – Diabetes jenis 1 menyebabkan paras glukosa (gula) dalam darah menjadi terlalu tinggi. Ia berlaku apabila badan kamu tidak dapat menghasilkan cukup hormon yang dipanggil insulin, yang mengawal glukosa darah. Kamu memerlukan suntikan insulin setiap hari untuk memastikan tahap glukosa darah terkawal.

diabeteskate mossLila Moss
https://lomp.at/gdios
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - ATiiSSU
Fesyen

ATiiSSU Tampilkan STRAY KIDS Felix Dalam Filem Kempen

by Nurul A.
April 21, 2026

Jenama fesyen perhiasan kepala, ATiiSSU mendedahkan versi penuh filem kempen pertamanya, <DESERT COWBOY COLLECTION>, yang menampilkan Stray Kids Felix. Terbentang...

Read moreDetails
Foto - PUMA
Fesyen

BLACKPINK Rosé & PUMA, Kembali Perkenalkan PUMA H-Street Untuk Gaya Jalanan

by Nurul A.
May 6, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, Rosé kembali dengan koleksi arkib PUMA, H-Street yang diinspirasikan oleh prestasi. Dalam bahagian kedua kempen ini, H-Street...

Read moreDetails
Bisnes

UNIQLO Perkenal Koleksi Cecilie Bahnsen 2026 Spring/ Summer

by Naddy Joe
May 14, 2026

Peruncit pakaian global, UNIQLO mengumumkan pelancaran kolaborasi baharu dengan pereka pakaian wanita Denmark, Cecilie Bahnsen, sebuah jenama yang menarik perhatian...

Read moreDetails
Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara