Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Bakat Amir Jahari Dalam Penciptaan OST Terserlah Sekali Lagi Dengan CIN-TA

by Aphit J.
October 14, 2023
Share on Facebook

Pencipta lagu Malaysia terkemuka, Amir Jahari muncul sekali lagi dengan sebuah lagu tema (OST) untuk sebuah drama From Saga With Love lakonan Fimie Don , Sophie Koshka , Ikmal Amry & Siti Khadijah, terbitan Red Com, siaran di Viu.

Mengemukakan Dua Demo

via BH

Amir yang telah diberitahu oleh bekas pengurus bahawa Red Com ingin mencipta lagu OST utk drama mereka berasa teruja untuk menyumbangkan hasil kerjanya dalam projek itu.

Dia juga mendedahkan bahawa dia turut mengemukakan dua demo lagu, khas untuk OST drama ini.

Tetapi dalam masa sama, dia juga mempunyai sebuah lagu lama yang ingin disertakan dalam albumnya dan merasakan ia sangat sesuai untuk drama tersebut.

Mesej Berkenaan Cinta

Menurut Amir, dia mencipta lagu ini untuk menyampaikan perasaan cinta yang sejati. Cinta bukan hanya tentang hubungan romantis, tetapi juga tentang kasih kepada makhluk lain, haiwan, alam sekitar, cinta untuk berbuat kebaikan sesama manusia.

Yang terpenting, cinta kepada Pencipta, kerana itulah cinta yang sejati yang memberikan ketenangan sejati.

Dengan penampilan yang mengesankan dan mesej yang mendalam, lagu CIN-TA dalam versi live ini pastinya akan menyentuh hati penonton drama ini.

Langkah Penting Dalam Kerjaya

via Luncai Emas

Sebagai sebuah kesinambungan daripada Hasrat, projek OST beliau untuk filem Imaginur, CIN-TA telah menandakan satu langkah penting dalam kerjaya Amir Jahari, serta menunjukkan hubungan yang terjalin di antara bakat tempatan dan industri hiburan yang berkembang.

Sebuah klip audio penuh ‘CIN-TA’ (Live Version) – OST FROM SAGA WITH LOVE telah berada di saluran youtube Luncai Emas dan juga di semua saluran digital yang tersedia seperti Spotify, Apple Music ,Deezer, dan muat turun di Itunes Store.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Amir Jahari
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara