• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

Bangsa Melayu Didakwa Berasal Dari Keturunan Bani Israel Yang Hilang? Ini Sejarah Melayu Yakni Bani Qantura Yang Ramai Tidak Tahu

by Puteri Alia
October 18, 2023
431
KONGSIAN
Share on Facebook

Palestin merupakan bumi bertuah!

Namun, sejak rejim Zionis menjarah semua kepentingan rakyat Palestin,  sedar atau tidak, orang Melayu di rantau Asia Tenggara merupakan antara negara-negara yang paling aktif mendedahkan kejahatan bangsa Yahudi.

Mengapa orang Melayu begitu sentimental dengan nasib rakyat Palestin?

Pencarian asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas. 

Namun, definisi Melayu dialam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.

Menurut pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengenai asal usul Melayu.

Asal-usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Meskipun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara parasarjana belum dicapai.

Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, ada satu pendapat menarik mengatakan bangsa Melayu berasal daripada keturunan (Bani) Qantura’ yang dikatakan isteri ketiga Nabi Ibrahim AS. Bagaimanapun, Murai My tidaklah bertujuan untuk membahaskan pendapat berkenaan kerana kajian ilmiah yang dijalankan belum sempat diteliti secara mencukupi.

Sebaliknya, Murai My sekadar ingin mengemukakan pandangan yang disebut oleh ulama hadis dalam kitab-kitab syarah berkaitan hadis Bani Qantura’.

Dalam kitab Perjanjian Lama, nama Qantura’ disebut sebagai Keturah atau Qaturah. Dikatakan, Nabi Ibrahim AS mengahwininya selepas kewafatan Sarah dan melahirkan enam orang anak, iaitu Zimran, Yokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.

Juga dinyatakan, Nabi Ibrahim telah memberikan mereka hadiah dan menghantar mereka ke sebelah Timur.

Imam at-Tabari dalam kitab Tarikhnya meriwayatkan daripada Ibn Ishaq, bahawa Yokshan melahirkan bangsa Barbar, Zimran melahirkan bangsa Mazamir yang tidak berfikir dan Midian melahirkan bangsa Madyan, kaum Nabi Syuaib AS.

At-Tabari juga meriwayatkan daripada ‘Urwah bahawa keturunan Yokshan tinggal di Makkah, manakala Medan dan Midian tinggal di Madyan. Kesemua mereka diperintahkan ke pelbagai negeri yang jauh dan asing. Ada juga antara mereka yang tinggal di Khurasan.

Nama Qantura’ muncul dalam beberapa riwayat, antara yang masyhur hadis Abu Bakrah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:

“Sekumpulan daripada umatku akan sampai ke satu tempat yang dinamakan Basrah, di sisi satu sungai yang dipanggil Dijlah. Di atasnya terdapat jambatan dan penduduknya akan bertambah ramai. Ia akan menjadi negeri golongan muhajirin atau kaum muslimin. Apabila tiba akhir zaman, datanglah Bani Qantura’ yang berwajah bundar dan bermata sepet sehingga mereka sampai ke tebing sungai tersebut.

Maka, para penduduknya berpecah kepada tiga kelompok. Satu kelompok mengambil ekor lembu atau unta lantas menuju ke pedalaman (yakni terus sibuk bertani), lalu mereka binasa. Satu kelompok pula mengambil kesempatan untuk kepentingan diri mereka, lalu mereka kufur.

Manakala satu kelompok lagi meninggalkan keluarga dan zuriat mereka di belakang mereka dan mereka pun berperang. Mereka itu adalah para syuhada.'” Dalam riwayat al-Tayalisi: “Mereka yang terbunuh adalah para syuhada’ dan Allah SWT akan memberi kemenangan kepada mereka yang masih tinggal.” (Riwayat al-Tayalisi, Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Hibban. Hadis hasan)

Malah, menurut sumber sebuah laman portal, bangsa Melayu atau dikenali sebagai (bani jawi) yang dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim AS didakwa berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa kuno dan mempunyai hubung kait dengan salah satu kaum bani Israel yang didakwa telah hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum bani Israel yang sesat atau bangsa Yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan. Bagaimanapun, kesahihannya Murai MY tidak dapat dipastikan.

Bagaimanaipun menurut sumber ceramah Ustaz Manis di laman Youtube, yang bertajuk “ARMAGEDDON KRISIS ISR@EL PALESTIN”, ada menceritakan mengenai 12 kabilah bani Israel dan dua daripadanya yang didakwa telah hilang.

Menurut sumber, di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf AS sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof AS menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin.

Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf AS) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.

Antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador, sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.

Namun begitu, kesemua mereka tahu tentang asal-usul mereka (bercanggahan dengan prinsip ‘lost tribe’).
Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia).

Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh ‘the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif.

Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Bagaimanapun, kebenaran mengenai dakwaan ini masih menjadi tanda tanya kerana sehingga kini tiada sebarang bukti kukuh yang dapat membuktikan segala pernyataan di atas.

Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ianya satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih dari kaum Melayu dan Islam sendiri, hanya berpandukan pada kajian barat dan orang-orang Yahudi. Wallahua’lam.

Tetapi sebagai orang Islam, diharapkan untuk  berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin dan Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahadi di Hari Kebangkitan nanti. Insya’Allah.

bani israelmelayu
https://lomp.at/2kb5w
Share172Tweet108SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Viral

Tiada Dadah Dikesan Dalam Tubuh Zara Qairina, Hanya Ubat Antisawan Phenytoin Dijumpai

by Puteri Alia
September 3, 2025

Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir akhirnya menyingkap beberapa dapatan penting apabila tiada sebarang dadah dikesan dalam tubuh...

Read more
Berita

MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Kerajaan sekali lagi mahu bagi lesen motor B2 secara free-free untuk geng B40 dan tanggungan. Yes, Program MyLesen B2 2025...

Read more
by Phic ARMAN
August 14, 2025
Viral

Jom Jadi ‘Jibam’ Berani Lapor Buli, MURAI Bongkar Saluran Aduan Rahsia Dari KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa isu salah laku buli di sekolah tidak boleh dipandang ringan dan perlu dilaporkan segera...

Read more
by Puteri Alia
August 18, 2025
Viral

Pakar Patologi Serah Mahkamah Tentukan Zara Qairina Jatuh Kerana Bunuh Diri atau Sebaliknya

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu menyerahkan sepenuhnya kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada kematian Allahyarham...

Read more
by Puteri Alia
September 4, 2025
Viral

Langgar SOP Kes Zara Qairina: Pegawai Siasat Gagal Mohon Bedah Siasat, Pengarah JSJ Dedah Ketidakpatuhan Prosedur

Kegagalan seorang pegawai penyiasat memohon bedah siasat sejurus selepas kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir dikenal pasti sebagai punca utama ketidakpatuhan...

Read more
by Puteri Alia
August 13, 2025
Dunia

JAKIM, JAWI Anjur Solat Hajat, Qunut Nazilah Untuk Keselamatan Pasukan Global Sumud Flotilla

Susulan tindakan biadap 'Israhell' memintas dan menghalang pasukan Global Sumud Flotilla ke Gaza, Palestin, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Read more
by Naddy Joe
October 2, 2025
Viral

Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

Hari ini, nama Datuk Ram Singh sedang menjadi sebutan rama, tidak hanya trending di media sosial, tetapi juga turut dilihat...

Read more
by Phic ARMAN
August 20, 2025
Foto - Kosmo / @himpunanceritalawak (Threads)
Viral

[VIDEO] Ligat Menari Di Khalayak Ramai, Jejaka Mirip Syed Saddiq Curi Perhatian- “Betul Ke Ni?!”

Kalau kamu nak tahu, dalam dunia ini terdapat tujuh orang yang memiliki wajah yang serupa atau seiras dengan kita. Ahli...

Read more
by Nurul A.
August 26, 2025
Foto - @che_nom (IG)
Viral

“Bagi Ruang Untuk Tarik Nafas, Tak Serabut”- Che Nom Pilih Untuk Berehat Seketika

Selepas isu kontroversi yang melibatkan Che Nom (atau nama sebenarnya Normah Bakar) dan anak saudaranya, pempengaruh masakan popular ini mengambil...

Read more
by Nurul A.
August 8, 2025
Viral

Ibu Zara Qairina Dakwa Panik & Tiada Nasihat Sebelum Tandatangan Tolak Bedah Siasat

Noraidah Lamat, ibu kepada arwah Zara Qairina Mahathir, mengakui dirinya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika...

Read more
by Puteri Alia
August 14, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  4. 4

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

  5. 5

    Kenapa Aktres Jelita Ini Tolak Tawaran Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem