Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Basyirah! Lagu Baharu Siti Nurhaliza Terkandung Pelbagai Maksud

by Khai Azfar
May 8, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Tengah malam tadi, penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan buah tangan terbaharunya berjudul Basyirah.

Pelbagai Maksud Tersirat 

Bermelodikan Timur Tengah, Basyirah merupakan hasil nukilan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya bersama Hafiz Hamidun selaku komposernya. Sejak dimuatnaik di semua platform digital, Basyirah yang bermaksud khabar gembira di dalam bahasa Arab menerima komen positif daripada para pendengar.

Bagi ketiga-tiga figura di sebalik lagu ini, diakui Basyirah punyai pelbagai mesejnya tersendiri apatah lagi dengan situasi negara kini yang berhadapan dengan penularan wabak COVID-19 yang telah meragut nyawa jutaan seluruh dunia. Menerusi laman Instagram nya, Siti telah berkongsi mengenai intipati Basyirah yang mana baginya ianya turut dedikasikan khas buat mereka yang bekerja di ‘barisan hadapan’ . Di samping itu,Siti turut menitipkan mesej khas agar menghormati karya dan hak cipta seseorang.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Fedtri Menangis Ketika Hasilkan Lirik Lagu 

Dalam perkembangan lain, menerusi artikel Harian Metro terdahulu Fedtri mendedahkan bahawa Basyirah merupakan satu-satunya karya lirik yang berjaya meruntunkan hatinya sehingga mengalirkan air mata.

“Ini satu-satunya lagu yang saya hasilkan lirik sambil menangis,”

Kongsinya lagi, dia juga terpaksa mengubah lirik lagu itu beberapa kali memandangkan ia adalah karya dedikasi yang istimewa.

View this post on Instagram

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

“Ia asalnya sebuah lagu cinta tapi, apabila komposer iaitu Hafiz Hamidun menghantar melodinya, saya dah dapat rasa syahdu dan sedih dalam jiwa lagu itu.

“Apatah lagi, kini kita semua dalam negara sedang diuji dengan pandemik Covid-19. Saya akhirnya menukar beberapa kali lirik ini daripada kisah cinta kepada isu yang berlaku di seluruh dunia.

“Jadi, saya terbayang perjuangan semua orang terutama petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menggadaikan nyawa,” katanya.

Difahamkan, Basyirah kini berada di tangga teratas dalam carta platform i-Tunes, kurang 24 jam sejak dimuatnaik pada tengah malam Khamis.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri siti nurhalizaMaksud BasyirahSiti Nurhaliza Basyirah
Share8Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  4. 4

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  5. 5

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara