Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Bella Astillah, Nadhir Nasar & YB Syed Saddiq Turun Padang Untuk Kedai Runcit Dr. Cardin

by Phic ARMAN
October 8, 2025
Share on Facebook

Jenama kasut tempatan yang tak asing lagi, Dr Cardin, kali ini tampil dengan sesuatu yang berbeza! MURAI sempat hadir ke acara istimewa ini.  Fashion show pertama mereka yang disiarkan secara live di TikTok! Suasana memang meriah habis, penuh dengan aura nostalgia dan semangat “lokal tapi bergaya.”

Dihoskan oleh selebriti comel, Amelia Henderson, acara ini turut dimeriahkan oleh Nadhir Nasar dan Bella Astillah. Dua wajah utama kempen koleksi terbaru Dr Cardin. Tapi yang paling mencuri tumpuan, bila YB Syed Saddiq pun turun padang menemani Bella! Nampak sporting betul dua-dua.

@iambettrice

Part 2-Live Dr Cardin with #bellaastillah #syedsaddiq #bass #drcardin

♬ original sound – iambettrice – iambettrice

Konsep “Kedai Runcit” Bawa Kenangan Lama

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, acara kali ini diinspirasikan oleh kenangan zaman kecilnya. Katanya, mereka mahu bawa semula vibe “Kedai Runcit” lama.  Tempat kita dulu beli aiskrim Malaysia dan guna syiling RM1.

“Koleksi terbaru kami, The Origin Heritage Sneakers Denim Series, disertakan dengan syiling sebagai simbol nostalgia zaman tu. Sekarang RM1 syiling pun dah jarang nampak, jadi kami jadikan ia satu elemen sentimental,” katanya kepada media.

Sneakers Denim Pertama Jenama Tempatan

Menariknya, Dr Cardin berani mencuba sesuatu yang belum pernah dibuat,  kasut sneakers daripada material denim! Walaupun awalnya risau nampak terlalu rugged, hasil akhirnya memang on point. Sesuai dipakai lelaki dan perempuan ,  unisex tapi tetap stailo.

Selain itu, turut diperkenalkan Drift Ballet Sneakers, yang kini tengah jadi kegilaan ramai. Kasut ini dibuat lebih lebar daripada ballet sneakers biasa,  sesuai dengan bentuk kaki rakyat Malaysia. Tak payah risau lagi pasal sakit kaki sebab ia datang dengan dwi-span empuk, memang selesa habis.

Menurut Charl Yee, pemilihan Bella Astillah dan Nadhir Nasar sebagai wajah kempen bukan sekadar populariti, tapi kerana personaliti mereka yang kena betul dengan DNA Dr Cardin.

“Jenama kami beridentiti cheeky humble — merendah diri tapi tetap ada aura confident. Bella dan Nadhir memang ada dua-dua ciri tu, sebab tu rakyat Malaysia suka mereka,” jelasnya.

Kesemua koleksi terkini Dr Cardin kini boleh dibeli secara dalam talian di TikTok Shop Dr Cardin dan juga Shopee.

MURAI boleh katakan, kali ni Dr Cardin bukan sekadar jual kasut, tapi bawa balik feel zaman kecil kita dalam gaya moden. Nostalgia + stail = memang win!

[VIDEO] Syed Saddiq 'Kantoikan' Bella Astillah- "Penduduk Kampung Beritahu Saya"
Chong Charl YeeNadhir Nasarsyed saddiq
https://lomp.at/wtoln
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore