Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Berita Baik Buat Usahawan Wanita Kelantan, Ini Cara Mohon Tabung RM2,500 Untuk Naik Taraf Perniagaan

by Ayu Kamaruddin
March 3, 2026
Share on Facebook

Golongan usahawan wanita di Kelantan kini mempunyai satu lagi peluang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing apabila permohonan Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2026 rasmi dibuka bermula 2 Mac ini.

Inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan ini khusus menyasarkan peniaga kecil wanita di seluruh negeri tersebut, termasuk usahawan OKU wanita yang ingin memperkukuh atau menaik taraf peralatan perniagaan mereka.

Bantuan ini bukan berbentuk tunai, sebaliknya diberikan dalam bentuk peralatan perniagaan dengan nilai maksimum sehingga RM2,500, bergantung kepada kelulusan pihak kerajaan negeri.

May be an image of text

Apa Itu Tabung Usahawan Wanita Kelantan?

Secara ringkasnya, tabung ini diwujudkan untuk membantu wanita yang sudah menjalankan perniagaan tetapi memerlukan sokongan tambahan dari segi peralatan.

Sama ada perniagaan makanan, jahitan, bakeri, kecantikan atau lain-lain sektor kecil, bantuan ini bertujuan memberi suntikan semangat serta kemudahan asas supaya operasi dapat dijalankan dengan lebih efisien dan tersusun.

Bagi ramai usahawan mikro, mesin baharu atau kelengkapan tambahan boleh menjadi game changer untuk meningkatkan produktiviti.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka selama hampir sebulan iaitu:

  • 2 Mac 2026 hingga 26 Mac 2026

Tempoh ini agak terhad, jadi pemohon digalakkan untuk merancang dan mendapatkan borang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan saat akhir.

Jumlah Bantuan

Bantuan maksimum yang ditawarkan adalah:

  • Sehingga RM2,500

Namun begitu, kadar sebenar bantuan adalah tertakluk kepada kelulusan dan penilaian pihak kerajaan negeri. Penting untuk difahami bahawa bantuan ini hanya dalam bentuk peralatan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

@wanrohimiwandaud

Penyerahan Bantuan Tabung Usahawan Wanita, iaitu bantuan peralatan perniagaan yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi membantu para usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka. Bantuan ini diberikan dalam bentuk peralatan perniagaan mengikut keperluan mereka. Agihan ini dibuat secara berperingkat dan pagi tadi seramai 5 peniaga wanita DUN Melor telah menerima barangan perniagaan mereka sebagaimana permohonan. Semoga terus maju dalam apa jua perniagaan yang dilakukan, niatkan urusan berniaga atau bekerja itu sebagai ibadah kepada Nya, semoga beroleh keberkatan dan redha Nya disamping rezeki yang penuh barakah. Amiin 🤲 #tabungusahawanwanita #ukekwa #melor #kelantan #Kebajikan #Keberkatan #kemakmuran #bantuanperniagaan #wanitakelantan #MembangunBersamaIslam #melorsejahtera

♬ original sound – Wan Rohimi Wan Daud – Wan Rohimi Wan Daud

Syarat Permohonan

Antara syarat utama yang perlu dipenuhi:

  • Usahawan kecil wanita atau usahawan OKU wanita sahaja
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Kelantan
  • Tidak pernah menerima bantuan Tabung Usahawan Wanita sebelum ini
  • Permohonan maksimum RM2,500 sahaja

Syarat ini diwujudkan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan sasaran yang layak.

Cara Memohon

Permohonan perlu dibuat secara fizikal melalui borang rasmi yang boleh diambil di:

  • Tingkat 2, Bangunan UTC
    Jalan Hamzah, Kota Bharu
    (Bahagian Agensi Kerajaan Negeri, Kaunter Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita)

Waktu operasi:

  • Ahad hingga Khamis, 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pemohon juga boleh merujuk kepada Unit Kemahiran Wanita di bawah Unit Kemahiran Wanita Kelantan yang sering berkongsi perkembangan terkini menerusi saluran rasmi mereka.

Bagi Murai, bantuan seperti ini walaupun nilainya tidak terlalu besar, tetap signifikan untuk usahawan kecil yang sedang membina tapak perniagaan. Kadangkala mesin baharu, peti sejuk tambahan atau peralatan khusus boleh buka ruang untuk menerima lebih banyak tempahan dan meningkatkan pendapatan bulanan.

Apa yang penting, gunakan peluang ini sebaiknya dan pastikan dokumen lengkap sebelum menghantar permohonan. Jangan tunggu saat akhir kerana kebiasaannya permohonan akan meningkat menjelang tarikh tutup.

Tabung Usahawan Wanita Kelantan 2026
https://lomp.at/kaf55
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Sekolah Swasta Bukan Lagi ‘Kayangan’, Keluarga B40 Kini Ada Pilihan Realistik

by Ayu Kamaruddin
January 12, 2026

Dulu, bila sebut sekolah swasta, ramai terus angkat kening. Mahal, eksklusif, “bukan level kita”. Namun kini, naratif itu semakin pudar....

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Berita baik untuk rakyat Johor tahun 2026 ini, Kerajaan Negeri Johor kembali dengan Bantuan Kasih Johor (BKJ 2026), satu inisiatif...

Read moreDetails
Insentif

Pendidikan Tinggi Makin ‘Accessible’, Pendidikan Percuma Kini Untuk Lebih Ramai Pelajar Miskin

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026

Kerajaan nampaknya semakin serius mahu pastikan pendidikan tinggi bukan lagi ‘luxury’ untuk golongan tertentu sahaja. Terbaharu, Perdana Menteri YAB Dato'...

Read moreDetails
Insentif

Impian Ke Tanah Suci? Tabung Haji Lancar #menujuistitoah, Bantu Rancang Haji Lebih Awal

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan awal menunaikan ibadah haji, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program baharu...

Read moreDetails
Insentif

Tarik Minat Belia, Insentif & Ganjaran Angkatan Sukarela ATM Bakal Dilaksanakan

by Ayu Kamaruddin
January 26, 2026

Usaha memperkasa Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memasuki fasa baharu apabila kajian menyeluruh berkaitan penambahbaikan insentif dan ganjaran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore