Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Berita Gembira Buat Usahawan Perak! Geran RM5,000 Kini Dibuka, Ini Cara Mohon

by Ayu Kamaruddin
May 7, 2026
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik buat golongan usahawan di Negeri Perak kini boleh menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri Perak menerusi Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) tampil menawarkan Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+) khas buat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) penjaja, peniaga serta usahawan informal.

Menariknya, bantuan ini diberikan secara one-off dan penerima tidak perlu membayar semula geran yang diterima. Memang berita yang ramai usahawan tunggu-tunggu!

Apa Itu Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+)?

GeRAK+ merupakan inisiatif bantuan kewangan khas untuk membantu usahawan di Perak meningkatkan kapasiti perniagaan masing-masing.

Antara fokus utama geran ini termasuk:

  • Meningkatkan kapasiti dan pengeluaran
  • Menambah baik produktiviti
  • Memperkukuh pengurusan kewangan
  • Memperbaiki jenama serta pembungkusan produk

Lebih best, geran ini terbuka kepada pelbagai jenis perniagaan termasuk usahawan kecil dan informal.

Jumlah Bantuan Ditawarkan.

Menerusi Geran GeRAK+ 2026 ini, pemohon yang layak boleh menerima bantuan sehingga RM5,000.
Bantuan ini diberikan secara one-off bagi membantu mengembangkan operasi perniagaan tanpa membebankan usahawan dengan komitmen bayaran balik.

Tarikh Permohonan GeRAK+ 2026

Permohonan dibuka bermula:

  • 2 Mei 2026
  • 2 Jun 2026 (tarikh tutup)

Jadi, usahawan yang berminat disarankan supaya tidak tunggu last minute untuk buat permohonan.

Apa Yang Boleh Dibiayai Melalui Geran Ini?

Antara kos yang boleh dibiayai di bawah GeRAK+ ialah:

  • Pembelian peralatan atau perkhidmatan untuk tingkatkan produktiviti
  • Kos pendaftaran pensijilan khas
  • Yuran kursus berkaitan peningkatan kapasiti perniagaan
  • Aktiviti pemasaran dan pemasaran digital
  • Penambahbaikan pembungkusan produk
  • Pembangunan sistem digital seperti laman web atau sistem tempahan
  • Langganan software operasi atau kewangan
  • Pengubahsuaian premis untuk tujuan pensijilan
Topik Berkaitan Usahawan Kini Lebih Mudah Dapat Modal, Planworth Jalin Kerjasama Dengan MTDC

Kiranya memang banyak benda boleh dimanfaatkan untuk upgrade bisnes ke next level!

Syarat Kelayakan Permohonan

Nak mohon GeRAK+ 2026? Ini syarat yang perlu dipenuhi:

  • Mempunyai SSM yang sah dan berdaftar di Negeri Perak
  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan beroperasi di Negeri Perak
  • Berumur antara 18 hingga 60 tahun
  • Nilai jualan tahunan RM100,000 hingga RM300,000
  • Berdaftar dengan LHDN
  • Mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (TCC)
  • Tidak pernah menerima Geran GeRAK bagi tahun 2024 dan 2025
  • Perlu lampirkan penyata bank 3 bulan sebagai bukti jualan

Syarat Pembelian Barang & Peralatan

Pemohon juga perlu ambil perhatian tentang syarat pembelian berikut:

  • Barang dipohon tidak pernah menerima bantuan agensi lain
  • Harga setiap barang mestilah melebihi RM100
  • Peralatan mestilah membantu tingkatkan produktiviti
  • Jika harga melebihi RM5,000, lebihan perlu ditanggung sendiri
  • Nilai maksimum kelulusan termasuk SST ialah RM5,000

Barang Yang Tidak Dibenarkan

Antara item yang TIDAK layak dibiayai ialah:

  • Komputer, laptop, tablet dan telefon pintar
  • Penghawa dingin, meja dan kerusi
  • Bahan mentah perniagaan
  • Bil utiliti dan gaji pekerja
  • Kos operasi rutin
  • Barang tidak berkaitan dengan perniagaan
  • Kos penghantaran atau pemasangan

Jadi sebelum submit permohonan, pastikan semak betul-betul item yang dibenarkan.

Kaedah Perolehan Yang Ditetapkan

Untuk memohon, pemohon wajib menyediakan:

  • 3 sebutharga bagi setiap barang atau perkhidmatan
  • Gambar hadapan premis perniagaan
  • Penyata akaun perniagaan
  • Surat tawaran rasmi bagi kursus atau pensijilan
Topik Berkaitan Usahawan Kini Lebih Mudah Dapat Modal, Planworth Jalin Kerjasama Dengan MTDC

Penting juga untuk tahu bahawa sebutharga dari platform seperti Shopee, TikTok Shop atau Lazada tidak diterima.

Cara Mohon Geran GeRAK+ 2026

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman rasmi: Perak SME D-Base

Bagi Murai, kalau anda merupakan usahawan Perak yang tengah plan nak upgrade bisnes, ini memang peluang yang rugi kalau dilepaskan. Mana tahu dengan bantuan ni, bisnes kecil boleh terus berkembang jadi lebih besar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Geran Usahawan Perak Sejahtera 2026 (GeRAK+)PMKS
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Foto - @firdaus89 / @abeming8 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”

by Nurul A.
September 15, 2026

Di platform Threads, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan ibu bapa menghadiri sebuah kelas antenatal, telah mencuri perhatian warganet. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara