Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Berniaga Dengan Hanya Main TikTok! Ini Rahsia Buat Duit Kepok Dengan “TikTok for Business”

by Puteri Alia
May 15, 2023
Share on Facebook

Lumrah manusia lebih tertarik dengan perkara yang mudah dan menguntungkan. Tinggal hanya menjadi diri sendiri dan kreatif dalam menzahirkan bakat dan mempersembahkan content menarik menerusi medium hiburan seperti TikTok, perniagaan anda mampu berkembang hingga dikenali di seantero dunia.

Siapa sangka dengan bermodalkan satu akaun di laman TikTok mampu bantu para peniaga yang mahu mula menapak menjana pendapatan tetapi berdaya meraih angka tanpa sempadan. Begitulah penangan TikTok sebagai medium hiburan sehingga ramai individu menggunakan peluang tersebut untuk berniaga.

Namun cakap sahaja memang mudah, bak kata pepatah “dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk”. Hakikatnya masih ramai lagi yang tidak mengetahui kelebihan dan cara penggunaan yang telah tersedia di aplikasi TikTok ini sebagai solusi mudah dan cepat untuk memulakan perniagaan atau membangunkan semula sesuatu perniagaan yang mungkin belum lagi mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Umum mengetahui bahawa membangunkan sesuatu perniagaan mungkin terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk dikenali, namun menerusi medium TikTok ia mampu membantu mempromosikan perniagaan anda hingga ke pelusuk dunia.

Apatah lagi, perkembangan dunia digital pada hari ini telah mencapai satu tahap penting bagi usahawan dan peniaga dalam memperkukuh pasaran digital. Memperluas prospek pasaran bukan sekadar memerlukan saluran digital untuk menyebarkan informasi dan promosi, tetapi juga memerlukan pemilihan platform bagi membolehkan urus niaga yang mudah dan bersahaja seperti medium hiburan TikTok ini.

TikTok for Business

TikTok hadir dengan satu ciri yang dinamakan TikTok for Business. Ciri ini disediakan bagi memperkasakan perniagaan kecil dan pertengahan di Malaysia dalam mengembangkan perniagaan menerusi TikTok For Business Solutions.

Justeru itu, memanfaatkan potensi kesemua elemen platform ini berdasarkan kepentingan sesebuah perniagaan dapat membantu meluaskan lagi peluang dalam memperkukuh prospek pasaran digital. Ia juga merupakan sebahagian aset digital yang menyokong perkembangan digital kini dan masa hadapan.

[VIDEO] Minta 'Pusing' Masjid, Ramai Tak Jangka Aksi Kanak-Kanak Ini- "Rolling In Deep Ni Dik"

Bukan sekadar perisian hiburan yang sentiasa membuatkan anda tidak kering gusi namun TikTok merupakan aplikasi video pendek yang membawakan pengisian dan informasi dalam bentuk mudah dan kreatif. 

Misalnya, dengan permulaan bermodalkan penjualan dari rumah, seorang pengguna TikTok @emajieofficial berjaya merebut peluang melariskan produk wangi-wangiannya iaitu minyak wangi menerusi medium hiburan TikTok ini yang pada mulanya hanya sekadar mengisi masa lapang.

Namun, kejayaan luar biasa itu berjaya digapai oleh @emajieofficial yang bijak merebut peluang mempromosikan rangkaian produknya tanpa segan silu hasil kreatif penjualan menerusi TikTok Shop, TikTok Live dan TikTok Ads.

Apa yang lebih membanggakan, purata jumlah video yang ditonton meraih sehingga 1 juta tontonan serta bilangan pengikut pula meningkat daripada bawah 100 kepada 70 ribu pengikut dengan begitu mendadak.

Hal yang demikian tidak hairan kerana pada dasarnya TikTok mampu menghubungkan sesebuah akaun TikTok yang menarik dengan khalayak yang betul, maka ia sedikit sebanyak membantu peniaga menuai kuantiti pembeli dengan kualiti yang dicari. 

Mengetahui bahawa bukan mudah untuk menarik minat pembeli membeli sesebuah produk, apatah lagi bagi sejenis bau-bauan yang mungkin tidak dapat dinikmati secara langsung, namun tidak mustahil sesuatu produk itu tidak dapat dilariskan jika kena pada sasaran niche pelanggan anda. Oleh yang demikian, apa sahaja kemahiran yang mungkin hanya sekadar hobi boleh dijadikan sebagai karya kreatif dan dilihat mampu menjana pendapatan sampingan. 

“Berhenti berfikir, jadi diri sendiri sahaja. Ambil tindakan dan mulakan. TikTok Shop telah   menyediakan semua alat yang diperlukan untuk individu dan perniagaan untuk berjaya. Apa yang anda perlukan ialah kreativiti, usaha dan konsistensi” – jelas pengasas  @emajieofficial, Ahmad Suhail

Maka, jangan takut untuk memulakan perniagaan, tinggal hanya perlu tahu kelebihan dan ciri-ciri untuk mahir dalam penggunaannya, jadi ini rahsia buat duit kepok dengan TikTok for Business.

[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- "Ni Pocong La Sebenarnya"

TikTok for Business Ads Manager

TikTok for Business Ads Manager ini bertujuan membantu dan memberi peluang kepada para peniaga untuk mendapatkan target pasaran dan pelanggan ideal dengan lebih mudah. Ia membawakan sejumlah ciri menarik yang merangkumi Alat kreatif (Creative Tools). 

TikTok juga mempunyai rangkaian alat kreatif yang membolehkan individu untuk menyerlah dalam memasarkan produk. Dengan ini, setiap orang berpeluang untuk menceritakan kisah mereka dengan bantuan TikTok Ad Studio untuk meluaskan perniagaan.  

Seterusnya, kandungan video yang dianggap kreatif dan menarik berkemampuan besar akan menarik pengguna TikTok lain hadir ke profil TikTok anda. Dibantu dengan bunyi iaitu TikTok menggunakan teknologi pengecaman audio untuk mengenal pasti muzik atau bunyi dalam video, yang digunakan untuk menghubungkan pengguna yang mempunyai minat yang sama. 

Tentunya dengan menggunakan hashtag serta klip bunyi atau lagu-lagu terkini juga mampu membantu video anda berkembang sehingga muncul di setiap tatapan kepada lebih ramai pengguna di platform seantero dunia. 

Bukan itu sahaja, mengetahui bahawa kebanyakkan usahawan baharu tersepit kerana tiada modal pusingan menjadi antara kekangan besar yang dihadapi sebahagian besar peniaga, justeru anggaran di TikTok adalah fleksibel (Flexible Budget) iaitu TikTok Ads Manager juga membolehkan perniagaan menyesuaikan perbelanjaan mereka pada bila-bila masa. 

Kaedah sasaran secara pintar juga membolehkan perniagaan mendapatkan segmen pasaran baru yang bersesuaian menerusi perincian TopView Ads, In-Feed Ads, Brand Takeover Ads, dan Branded Effects. TikTok juga memperkenalkan akaun perniagaan yang akan menyediakan alat tambahan yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan untuk menganalisa prestasi dan keterlibatan dengan pasaran.

Apa tunggu lagi, nikmati peluang yang terhidang di laman TikTok sebagai solusi untuk perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut, sila layari TikTok For Business untuk memulakan pendaftaran. 

[VIDEO] Suami Kantoi Ada Skandal, Reaksi Isteri Buat Netizen Puas Hati- "Bunyi Tamparan Hangat 100/100"
tiktokTikTok for Business
https://lomp.at/dbwpv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korporat

Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
LifeXplore

Pak Nil, Podcast dan Kisah Di Sebalik Kesinambungan 6 Tahun Bersama Eskayvie

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Kalau sebut sahaja Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, MURAI terus terbayang senyuman hangat dan aura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore