Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Bersihkan Hati Tu Dulu”- Datuk Ramli MS

by Zaidin Albert
December 23, 2019
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya ketua juri rancangan realiti popular, Gegar Vaganza Musim ke-6 (GV6), Datuk Ramli MS menghadapi tekanan dari wartawan dan netizen kerana menobatkan Naqiu Boboy dan Hady Mirza sebagai juara.

Menolak dakwaan sengaja mencetuskan kontroversi di atas keputusan yang dibuat, menurut Ramli yang mesra dengan panggilan Tok Ram, ia adalah keputusan yang adil dan muktamad.

Ketika Tok Ram ditemubual bersama F8Buzz malam tadi, beliau berkata, keputusan tersebut telahpun mendapat persetujuan dari ketiga-tiga juri iaitu, Datuk Rizalman, Hetty Koes Endang dan pihak pengurusan.

View this post on Instagram

A post shared by Ramli Mohamed Salleh (@tokram_ramlims)

“Mungkin komen-komen negatif dari pihak-pihak yang tak berpuas hati itu mahukan peserta yang digemari menduduki tempat teratas. Pada saya tidak ada kontroversi, kedua-dua mereka layak mendapat tempat teratas. Malah pihak astro sendiri berbesar hati menambah jumlah wang kemenangan pada saat-saat akhir “- tegasnya

Bertanya sama ada keputusan ini sudah rancang atau tidak, ini jawapan Tok Ram;

“Ia memang tidak pernah dirancang, kadang-kadang rezeki orang tu, kita tak tahu! Ia terjadi on the spot! Yang menjadi masalah sekarang, ramai tak puas hati sebab mahu lihat Naqiu menjadi juara dan Hady di tempat kedua. Mungkin juga segelintir dari mereka mahu lihat Naqiu tewas dan Hady dinobatkan menjadi juara.”

“Kedua-dua mereka dah menjadi juara, apa yang mereka mahukan lagi? Saya rasa mereka yang tak berpuas hati dengan keputusan ini lebih baik bersihkan hati tu dulu.”- katanya

Semalam, Naqiu dan Hady mengumpul markah yang sama iaitu sebanyak 87 peratus selepas diadili oleh ketiga-tiga juri. GV6 mencatat sejarah kerana kali pertama dalam sejarah industri muzik tanah air yang menyaksikan dua peserta dinobatkan sebagai juara.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share10Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara