Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Biar Betul! Henry Golding Ganti Daniel Craig Sebagai James Bond?

by Khai Azfar
February 21, 2019
Share on Facebook

“Who is the next James Bond?” 

Persoalan itulah yang kini meniti di bibir peminat filem blockbuster terunggul, James Bond apabila hero nya sebelum ini, Daniel Craig telah disahkan tidak akan muncul untuk filem James Bond yang seterusnya. Terdahulu, selain Daniel antara pelakon-pelakon yang pernah memegang watak ini adalah Pierce Brosnan, Sean Connery dan ramai lagi sejak mula ditayangkan pada tahun 1962.

Henry Golding Sebagai James Bond? 

Terbaru, kecoh di media sosial apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bintang Crazy Rich Asians,Henry Golding disebut-sebut sebagai pengganti Daniel Craig dalam edisi terbaharu filem James Bond akan datang. Spekulasi itu bermula apabila nama Henry mula menjadi sebutan ramai sebagai calon yang sesuai untuk menjadi agent Bond selepas nama Idris Elba dan Tom Hardy disingkirkan dari senarai pilihan ramai.

Seperti menguatkan spekulasi itu, Henry sempat ‘diterjah’ oleh wartawan antarabangsa di lapangan terbang LAX, Los Angeles. Ketika ditanya mengenai dakwaan namanya disenarai pendek sebagai calon untuk memegang watak utama filem tersebut, Henry hanya tersenyum lebar! Adakah benar dakwaan tersebut?

Hangat Dibincangkan Di Seluruh Dunia 

Pemilihan aktor yang berasal dari Sarawak itu sebagai James Bond turut hangat dibincangkan oleh peminat dan wartawan seluruh dunia. Mereka tidak menolak sekiranya Henry merupakan calon yang sesuai kerana tahun 2019 menyaksikan bebgitu ramai bintang Asia menjadi perhatian di pentas Hollywood.

Malah ketika sibuk mempromosikan filem Crazy Rich Asians di Hollywood, nama Henry juga disebut oleh pengacara terkenal Hollywood, Jimmy Fallon ketika aktor tampan itu diwawancara dalam program Jimmy, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon. Dalam rancangan itu, Fallon berseloroh secara spontan mencadangkan pelakon berdarah Inggeris-Iban itu sebagai James Bond yang akan datang.

“Saya mahu katakan inilah James Bond yang akan datang,”

Ulangi Sejarah Tan Sri Michelle Yeoh 

Malah tidak hairan jika Henry dipilih kerana sebelum ini, Tan Sri Michelle Yeoh pernah menjadi ‘heroin’ filem itu menerusi Tomorrow Never Dies yang diterbitkan pada 1997.

Meskipun begitu, seperti yang dijangka terdapat segelintir pihak yang menganggap Henry bukanlah calon yang sesuai memandangkan aktor itu bukanlah orang Inggeri asli. Mungkinkah Henry akan mengulangi sejarah Michelle? Jika Ya, sudah pasti ianya perkhabaran yang cukup gembira buat peminat di seluruh Asia, terutamanya di Malaysia!

henry goldinghenry golding james bondjames bond
https://lomp.at/pqt1e
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore