Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Harith Iskander Persoalkan ‘Billboard’ Gambar PM Di Yan Kedah. Memang Masuk Akal!

by Naddy Joe
August 24, 2021
via Instagram @harithiskander & The Straits Times

via Instagram @harithiskander & The Straits Times

122
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Datuk Seri Ismail Sabri telah melakukan lawatan kerja rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan meninjau dan menziarahi penduduk yang terjejas dalam tragedi kepala air di Yan, Kedah.

Persoal Perasaannya Melihat Wajahnya Terpampang Di Billboard Untuk “Menyambutnya”

Menerusi Instagram, pelawak ini telah memuatnaik foto billboard PM di Yan, Kedah, dan mempersoalkan perasaannya jika beliau pergi ke kawasan yang dilanda bencana alam dan melihat wajahnya terpampang di billboard untuk “menyambutnya”.

“Saya tertanya-tanya bagaimana perasaan saya sekiranya saya pergi ke kawasan yang dilanda bencana alam dan melihat wajah saya terpampang di billboard untuk “menyambut saya”. (Ini di Yan, Kedah, sebuah daerah yang dilanda banjir dahsyat minggu lalu. Saya percaya terdapat sekurang-kurangnya 4 orang yang disahkan meninggal dunia.”Harith Iskander

View this post on Instagram

A post shared by Harith Iskander (@harithiskander)

Gesa Tukar Sistem & Budaya Yang Akibatkan Pembaziran Dana Awam

via The Straits Times

Harith Iskander turut menambah untuk menukar sistem dan minda yang membenarkan kejadian sebegini berlaku.

“Saya yakin 100% bahawa PM tidak ‘memintanya’. Tetapi kita perlu melihat budaya dan sistem yang mengakibatkan pembaziran dana awam ini. Kita perlu tukar sistem dan minda  yang membenarkan kejadian sebegini berlaku. It will take a whole cultural shift.

Dan hujah yang kata bahawa ‘eleh, bila ada gambar papan iklan Adun, awak tak cakap apa pun tidak tahan air. Billboard itu takl dibina waktu bencana alam.”-Harith Iskander

Dipersetujui Oleh Netizen

Tinjauan Murai di ruangan komen posting Harith Iskander mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelawak terkenal itu. Malah, ada yang berpendapat bahawa wang yang digunakan sebagai “persediaan menyambut PM” itu seharusnya digunakan untuk membantu mangsa banjir.

“Setuju dengan anda. Budaya ini sepatutnya diubah. Wang itu sepatutnya digunakan untuk mangsa banjir.”-Netizen

“Setuju sangat, brother. Ni semua poyo!! Lebih dari sudu dari kuah. Cukup-cukup la sampai air banjir, terover pulak deme nih. Fokus oada hal yang lebih penting. Rakyat please..

“Banyak boleh jimat, jimat lah. Tak perlu sambut beria sangat..negara dah tenat. Duit Buat billboard tu boleh sedekah kat rakyat yang betul-betul memerlukan..”-Netizen

Apa pendapat anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Harith Iskander
Share49Tweet31SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara