Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Ramai Tergamam Dengar Hariz Fayahet Bawa Lagu ‘Ku Teruskan’ Oleh Siti Sarah- “Wow! Belting, Vibrato, Growling, Semuanya On Point”

by Phic ARMAN
August 16, 2023
Share on Facebook

Bulan lalu, berlangsungnya Konsert #INIBARUBINTANG diadakan di pentas Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media. Konsert ini bukan sahaja membuai penonton yang hadir malahan mengembalikan memori indah seluruh khalayak dengan kemunculan persembahan daripada bintang-bintang tersohor kelahiran RTM.

Konsert pengenalan sempena penerbitan Bintang RTM Musim Baharu ini berjaya menghimpunkan Alumni Bintang RTM antaranya Dato’ Jamal Abdillah (Bintang RTM 1979), Salamiah Hassan (Finalis Bakat TV 1971), Abdul Rahman Kamaruddin (Bintang Asli), Safar Ghafar (Bintang RTM 1983), Ramlah Ram (Bintang RTM 1985) Liza Hanim (Golden Teen Search 1996), Ayai Illusi (Bintang RTM 1986), Datin Alyah (Juara Bintang HMI 2000), Felicia Gek (Bintang RTM 2005) Aqasha (Bintang RTM 1999), Azharina Azhar (Bintang RTM 2001), Dia Fadilla (Bintang Gala 2 1999), Rosario (Bintang RTM 2016), Hariz Fayahet (Bintang RTM 2018), Hafiz Zainal (Bintang RTM 2018), Haziq Rosebi (Bintang Klasik) dan Eryn Gani (Bintang RTM 2016).

“Wow! Belting, Vibrato, Growling, Semuanya On Point”

Di laman media sosial ramai yang memuji bakat-bakat bekas juara Bintang RTM yang kurang mendapat perhatian di Malaysia. Antaranya Hariz Fayahet yang merupakan  juara program Bintang RTM pada 2018.

Hariz yang membawa lagu “Ku Teruskan” nyanyian asal Almarhumah Siti Sarah menerima komen positif dari warganet. Ramai merasakan bakat yang dimiliki oleh Hariz boleh pergi jauh dan popular. Lihat video persembahan beliau dibawah;

YouTube video

Sementara itu di ruangan komen, ada di antara peminat muzik berharap nama Hariz terus mekar dan mendapat tempat di dalam industri muzik negara.

“Belting, vibrato, growling.. Semuanya on point.Dia layak mendapat tempat dalam industri ini..”

“Wow wow wow bagus hariz! Hebat seperti biasa! Malaysia bangun n hargai bakat ini!!!!”

“Saya berada di kosert di malam itu..tengok live…power terukk budak ni…such a great quality singer !! Hope industri bukak mata..appreciate his talent !”

Sebelum ini Hariz pernah berkata kepada media bahawa dia mengharapkan untuk mendapat peluang yang lebih meluas demi mendapat pengiktirafan dalam industri seni dan mahu sama hebat dengan barisan penyanyi legenda.  Baru-baru ini, Hariz tampil dengan single terbaharu berjudul Gelora yang merupakan OST untuk drama Segenap Takdir yang ditayangkan di TV3.

[VIDEO] Nyanyian Talita Dikritik Netizen!-"Bakat Tidak Dapat Diwarisi, Tiada Aura Penyanyi?"

Konsert #INIBARUBINTANG turut menampilkan gandingan pengacara popular, Awal Ashaari dan Dattuk Aznil Haji Nawawi. Awal Ashari telah dipilih sebagai Pengacara
Bintang RTM untuk musim baharu ini.

hariz fayahetsiti sarah
https://lomp.at/nuaap
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  4. 4

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara