Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Spoiler Alert! 5 Fakta Filem Black Widow Beri Petunjuk Untuk Filem Seterusnya

Peminat sudah sedia meramalkan karakter ini telah muncul dan akan menggantikan watak yang sedia ada.

by Khai Azfar
July 13, 2021
Share on Facebook

Sudahkah anda menonton filem Marvel yang terbaharu Black Widow? Jika belum, memandangkan pawagam di Malaysia masih ditutup, anda boleh menontonnya menerusi Disney Plus Premium Access atapun tunggu sahaja tayangannya di Disney Plus Malaysia menjelang Oktober kelak.

5 Petunjuk Keluaran MCU Seterusnya

Sebelum itu, izinkan kami mendedahkan beberapa perihal menarik mengenai Black Widow yang sudah beberapa kali ditangguhkan tayangannya berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Dalam pendedahan ini akan besar kemungkinan akan memberi bayangan mengenai kesinambungan projek Marvel Cinematic Universe (MCU) seterusnya menerusi siri dan filem akan datang.

Kisah Black Widow Sudah Sampai Penamatnya. Anda Pasti?

Selepas watak Iron Man, Captain America dikatakan telah sampai penghujungnya, watak Black Widow yang dilakonkan oleh Scarlett Johansson juga sedia maklum terlebih dahulu telah mati dalam salah satu babak dalam Avengers : Endgame. Namun, siapa sangka Black Widow muncul kembali menerusi sebuah filem prequalnya sendiri. Tanpa membiarkan filem ini tergantung, pada ‘post credit scene’ Black Widow, kelihatan adiknya Yelena Belova mengunjungi pusara Natasha Romanov(Black Widow).

Ketika itu muncul seorang wanita, Valentina Allegra de Fontaine berbual dengannya mengenai pembunuh Natasha sekaligus bakal mengesahkan kesinambungan kisah Black Widow dalam karya MCU seterusnya

Yelena Belova Dalam Hawkeye

Pada pengakhiran tersebut juga,Valentina telah memberi gambar Clint Barton atau lebih dikenali sebagai Hawkeye kepada Yelena yang kononnya mendakwa salah seorang anggota Avengers itu sebagai punca kematian kakaknya. Dalam sebuah konvensyen sebelum ini, MCU telah mengesahkan bahawa Hawkeye turut mempunyai siri khas nya tersendiri. Dijangka tayangannya selepas siri ‘If Not…’ ataupun filem Shang-Chi : The Legends of 10 Rings, besar keberangkalian Yelena akan muncul dalam siri tersebut bagi misi membalas dendam demi kakaknya, Natasha Romanov.

Suara Hawkeye Dalam ‘Earpiece’ Natasha

Buat anda yang telah menonton filem Black Widow, pasti sedia maklum mengenai babak di Budapest ketika Natasha terpaksa membunuh anak Dreykov dalam salah satu misinya. Ketika itu, kedengaran suara seorang lelaki yang meminta ‘lampu hijau’ daripada nya untuk meletakkan bahan letupan pada bangunan yang didiami oleh anak penjahat tersebut. Percaya atau tidak, suara tersebut merupakan suara Clint Barton dan sengaja tidak dikreditkan oleh pihak Marvel.

Yelena The Next Black Widow

Terdapat banyak petunjuk mengenai Yelena Belova sebagai Black Widow yang seterusnya. Ketepikan soal komik Marvel yang telah mengesahkan sebagai Yelena merupakan Black Widow kedua selepas Natasha, di dalam filem pertama adiwira wanita Avengers ini juga telah mendedahkan beberapa perkara. Selain Yelena sering kali bergurau dengan Natasha mengenai ‘pose’ nya ketika beraksi, Yelena juga telah memakai jaket yang dipinjamkan oleh Natasha kepada nya.

Akui gemar dengan jaket tersebut, Yelena bagaimanapun telah memulangkannya kembali kepada Natasha sebelum mereka berpisah. Malah pada pengakhiran filem anggota puluhan ‘Widow’ yang lain telah kembali kepada Yelena biarpun pada awalnya mereka diminta untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas diselematkan oleh Yelena dan Natasha.

Marvel Beri Petunjuk Ganti Watak Terdahulu

Dengan kemunculan Yelena, spekulasi peminat mengenai karakter baharu menggantikan watak-watak sedia ada sebelum ini seolah-olah benar biarpun tidak disahkan secara rasmi oleh pihak Marvel.

Di dalam era komik, kesemua watak Marvel sudah jauh ke hadapan termasuklah kemunculan generasi baharu Avengers. Di dalam terbitan siri dan filem pula, peminat sudah sedia meramalkan karakter ini telah muncul dan akan menggantikan watak yang sedia ada.

  • Captain America = Falcon/Winter Soldier
  • Iron man = Ironheart/ iron lad
  • Hawkeye = Kate Bishop
  • Hulk = She Hulk
  • Black Widow = Yelena
  • Captain Marvel = Ms Marvel/Photon
  • Spiderman = Gwen/Spider Woman
  • Thor = Jane Foster
  • Black Panther = Shuri
  • Wandavision = Wiccan/Speed
  • Antman = Cassie Lang/stature
  • Doctor Strange = Clea
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
black widowMCUYelena Belova
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara