Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Brook Lynn Minta Maaf, Tak Perasan Dah Nikah Dengan Sultan, Kini Dedah Kisah Sebenar

Brook akhirnya mengaku bahawa dia pernah melalui upacara nikah secara Islam dengan kerabat berkenaan pada April 2024, dan menyifatkan perkahwinan itu sah di sisi agama.

by Zaidin Albert
November 3, 2025
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Kisah penuh teka-teki antara wanita warga asing, Brook Lynn, dan seorang kerabat diraja di Malaysia kembali jadi bualan hangat selepas Brook sendiri tampil menceritakan sisi sebenar kehidupannya di Instagram.

Dalam hantaran panjang yang dikongsi, Brook akhirnya mengaku bahawa dia pernah melalui upacara nikah secara Islam dengan kerabat berkenaan pada April 2024, dan menyifatkan perkahwinan itu sah di sisi agama.

“Sejak ramai yang bertanya tentang kebenaran, inilah jawapannya.

Pada April 2024, saya telah menjalani upacara nikah secara Islam dengan seorang kerabat diraja Malaysia. Ia adalah upacara keagamaan yang menjadikan kami suami isteri di sisi Allah dan di bawah hukum Islam.”

Brook turut berkongsi beberapa foto upacara berkenaan, termasuk gambar bersama imam yang mengendalikan majlis. Katanya, majlis tersebut dilakukan dalam keadaan serba ringkas kerana dia baru kehilangan semua bagasi sebelum majlis.

“Saya baru kehilangan semua bagasi sebelum upacara itu. Jadi, saya hanya pakai pakaian yang saya sempat cari di lobi hotel. Memang kelam-kabut, tapi itulah detik sebenar kehidupan.”

Namun, Brook kemudian membuka lebih banyak kisah di sebalik perkahwinannya itu termasuk mengenai perkahwinan kerabat berkenaan dengan isteri sebelum ini.

“Selepas nikah kami, isterinya mula mengikuti saya di Instagram. Bila saya tanya tentangnya, dia memberitahu bahawa mereka sudah bercerai. Katanya wanita itu hanya mahu penyelesaian dan mereka tidak bersama lagi sejak bertahun-tahun.”

Brook mendakwa sebelum mereka bernikah, kerabat itu berjanji akan menjaga segalanya dan memintanya meninggalkan pekerjaan serta berpindah untuk memulakan hidup baru bersama.

“Sebelum kami berkahwin, dia berjanji akan uruskan semuanya. Dia minta saya berhenti kerja, tinggalkan apartmen dan pindahkan seluruh hidup saya untuknya.

Saya lakukan semua itu bukan kerana apa yang dia boleh berikan, tapi kerana saya cintakan dia dan percaya dengan masa depan yang kami bina bersama.”

Katanya, dia sanggup mengorbankan kerjaya, rumah dan kebebasan diri, bukan kerana tamak atau ingin menumpang kemewahan, tetapi kerana percaya pada cinta.

“Saya serahkan kerjaya, rumah dan kebebasan saya. Itu namanya pengorbanan, bukan oportunisme. Bila kita cinta seseorang, kita beri kepercayaan penuh. Itu bukan kelemahan, itu manusiawi.”

Namun, Brook mendakwa segalanya berubah apabila kebenaran mula terbongkar dan lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri tanpa sebarang penjelasan.

“Apabila kebenaran mula terdedah, dia tidak tinggal untuk menjelaskan apa-apa. Dia terus menghilang.

Saya bukan mahu mempertahankan diri daripada tuduhan, saya hanya mahu berkongsi kebenaran saya. Cerita ini bersepah, tapi inilah realitinya. Dan saya masih berdiri hari ini.”

Dalam nada penuh emosi, Brook turut menjelaskan bahawa dia tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat, namun kini hanya mahu menutup kisah itu dengan cara yang berlandaskan agama dan maruah diri.

“Sebagai orang luar, saya masih cuba faham apa maksudnya dari segi undang-undang dan agama. Dalam Islam, saya tak boleh sekadar ‘move on’ tanpa talaq atau fasakh yang sah. Saya nak buat semuanya dengan cara yang betul, dengan hormat, jelas dan beriman.”

Brook juga sempat memohon maaf jika kenyataannya sebelum ini menimbulkan kekeliruan dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Kepada keluarga baru saya di Malaysia, terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang dan sokongan sepanjang masa ini.”

Namun begitu, setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi atau pengesahan sahih daripada pihak istana berhubung dakwaan yang dibuat oleh Brook Lyn.

Walau bagaimana pun, kisah ini terus menjadi perbualan hangat di media sosial, dengan ramai netizen memberi pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati dengan keberaniannya berkongsi, dan ada juga yang masih keliru dengan kisah cinta yang kini menjadi misteri antara wanita asing itu dan kerabat diraja Malaysia ini.

Brook Lyn
https://lomp.at/brooklyn
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Viral

Bekas Cheerleader Dikenakan Hukuman Selepas Buang Bayi Dalam Tong Sampah

by Nurul A.
March 17, 2026

Seorang bekas cheerleader menghadapi pertuduhan berat selepas bayi yang baru dilahirkan ditemui meninggal dunia di dalam almari bilik tidurnya. Wanita...

Read moreDetails
Foto - Verona Pictures
Viral

Kisah Seram Noura Al Taqaqa, Penyanyi Kuwait Yang Menyanyi Di Majlis Kahwin Jin

by Nurul A.
March 9, 2026

Baru-baru ini tular beberapa klip video mengenai penyanyi wanita Kuwait 90-an, Noura Al Taqaqa di media sosial. Melihatkan klip tersebut,...

Read moreDetails
Foto - @gn4mii (Threads)
Viral

[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”

by Nurul A.
March 6, 2026

Tak habis-habis, kali ini tular pula sebuah rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh ketika berada dalam sebuah...

Read moreDetails
Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara