BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially masuk dalam senarai! Selepas bertahun menunggu sejak hiatus dan latihan ketenteraan, ARMY Malaysia bakal menyaksikan kemunculan semula 7 anggota lengkap BTS pada penghujung 2026

Berikut 5 fakta paling penting yang korang kena tahu tentang kedatangan BTS ke Malaysia dalam siri jelajah mega ini.
1. Kuala Lumpur Disahkan, Dua Malam Terus!
Malaysia bukan sekadar satu tarikh, tetapi dua malam berturut-turut iaitu 12 dan 13 Disember 2026. Tarikh ini jatuh dalam fasa akhir pusingan Asia, menjadikan KL antara destinasi paling “hot” sebelum BTS menutup tirai hujung tahun. ARMY Malaysia dah boleh mula merancang cuti, duit tiket, outfit ungu… semua kena ready awal!
2. Tour Terbesar Pernah BTS Lakukan, 34 Wilayah, 79 Konsert
World tour ini diiktiraf sebagai yang paling besar dalam sejarah BTS, merangkumi 79 konsert di 34 wilayah merentas Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan hingga Australia. Dengan skala sebegini, tak hairan KL dipilih sebab Malaysia memang terkenal dengan fanbase BTS yang kuat dan stadium yang sentiasa penuh.
3. Pentas 360 Darjah, Pengalaman Immersive, Kapasiti Lebih Besar
Untuk tour kali ini, BTS membawakan pentas 360 darjah (in-the-round stage). Rekaan ini meletakkan pentas di tengah venue, manakala penonton berada di sekeliling mereka.
Bayangkan bila BTS jerit “Malaysia, make some noise!” — memang gegar satu KL.

4. Kemunculan 7 Anggota Lengkap Lepas Hiatus & Latihan Tentera
Ini yang membuatkan tour kali ini lebih emosional. BTS mula hiatus pada 2022, kemudian masing-masing fokus kerjaya solo sambil menjalani latihan ketenteraan wajib. Selepas empat tahun tunggu, ARMY seluruh dunia akhirnya dapat tengok BTS kembali sebagai sebuah kumpulan penuh.
Dan Malaysia adalah salah satu negara terpilih untuk menyaksikan “rebirth era” mereka ini.
5. Datang Bersama Album Baru, Comeback Group Pertama Sejak 2020
Tour ini dilancarkan seiring dengan album baru BTS yang akan keluar pada 20 Mac 2026. Album ini bakal jadi group album pertama sejak BE (2020) menjadikannya lebih bermakna. RM berkongsi, “Kami pun tunggu saat ini lebih daripada sesiapa.”
Jimin pula berkata, “2026 adalah tahun kita cipta memori baru.”
Kalau ahli sendiri pun hype… bayangkan ARMY macam mana.
Dengan dua malam di Kuala Lumpur, pentas immersive 360 darjah, comeback berskala mega dan album baru, BTS World Tour 2026/2027 ini berpotensi jadi konsert K-pop paling besar dalam sejarah Malaysia.
ARMY Malaysia, masa untuk buka kalender dan block tarikh.






