Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Buli Dalam Asrama Sudah Jadi Tradisi, 4 Sebab Kenapa Ia Tidak Boleh ‘Pupus’

by Soph Azz
November 23, 2023
Foto - Kosmo Digital

Foto - Kosmo Digital

Share on Facebook

Cuba kamu bayangkan, betapa banyaknya kes buli dalam negara apabila kita melihat dalam media sosial atau di kaca televisyen ia dilaporkan setiap tahun. Dan kes-kes buli ini biasanya melibatkan pelajar asrama di sekolah.

Kes buli ini biasanya mudah diketahui kerana kebanyakan pelakunya gemar memuat naik video bulinya yang seolah-olah mahu menunjukkan yang mereka itu berkuasa dan kuat.

Walapun ada banyak tindakan dan kesedaran sudah diberikan, tetapi budaya buli ini tidak akan pernah pupus. Malah makin menjadi-jadi tindakan membulinya.

Bagi Miss Murai, budaya membuli dalam asrama ini sudah menjadi tradisi dan ianya susah untuk pupus kerana…

#1 Persekitaran sekolah berasrama

Sekiranya setiap sekolah berasrama mempunyai sistem sosial yang berbeza mengikut kategori seperti usia, pasti kes buli akan wujud. Lebih-lebih lagi bila campurkan pelajar yang berbeza usia atau sama usia dalam satu bilik, kedua-dua perkara ini tidak akan menghalang buli daripada berlaku.

Foto – Astro Awani

Percampuran begini akan membenarkan pelajar senior buli pelajar junior. Ataupun pelajar yang sama usia buli sesama mereka untuk buktikan siapa lebih berkuasa dan kuat.

#2 Ramai yang suka buat ‘bodoh’ 

Perasan tak bila ada kes buli dilaporkan, ramai yang akan buat ‘bodoh’ dan pura-pura tidak tahu akan hal tersebut?

Foto – Utusan Malaysia

Majoritinya akan berkelakuan begini kerana takut untuk tegur si pelaku. Bukan apa jika ditegur, peluang untuk dibuli itu sangatlah tinggi. Jadi lebih baik diamkan diri dan buat ‘bodoh’ untuk elak dibuli.

#3 Golongan baik dan kaki report dipulaukan 

Kalau kamu nak tahu, golongan yang paling dibenci adalah golongan baik dan kaki ‘report‘. Ini kerana golongan ini yang akan mendedahkan perbuatan dan perilaku si pembuli pada warden dan orang atasan di sekolah. Apabila terdedah perangai sebenar si pembuli, golongan ini akan dicarinya untuk dibalas dendam.

#4 Wujudnya sistem hierarki dalam setiap asrama sekolah 

Foto – YouTube

Paling ketara sekali! Sistem hierarki pasti wujud dan dibahagikan pada beberapa kumpulan seperti kumpulan baik, nakal, samseng dan terpinggir. Info untuk kamu, sistem ini wujud kerana pelajar mahu bersaing untuk ‘selamatkan’ diri daripada dibuli dan tertekan dalam asrama.

Menurut kamu bagaimana?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
buli dalam asramacara elak dibulipunca bulitanda-tanda dibuli
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara