Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Cara ‘Founder’ Ini Hargai Ejen Dipuji, Labur Kos Untuk Perkara Manfaat Daripada Cipta ‘Marketing Murahan’

by Phic ARMAN
September 5, 2023
Share on Facebook

Kebelakangan ini pelbagai cara dilakukan sesetengah pengusaha atau pengasas produk termasuk menggunakan taktik atau strategi melawan arus serta ‘popular’ untuk dikenali dan tular.

Tak ketinggalan ‘modus operandi’ yang acapkali dipraktikkan segelintir ‘geng -geng founder’ ini dengan mempamerkan kekayaan masing-masing.

Kebanyakannya berbuat begitu untuk tujuan ‘marketing’ dan atas dasar ingin menarik lebih ramai orang sertai pasukan bisnes mereka termasuklah menjadi ejen mahupun stokis.

Antara ‘modus operandi’ berkenaan termasuklah menayang rumah besar dan luas, kereta mewah bersusun di parkir rumah dan memilih untuk beli tas tangan mewah bagi mereka ibarat golongan B40 membeli barangan runcit di kedai Aceh.

Bagaimanapun, syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab mempunyai pandangan berbeza dan mungkin dianggap konvensional dalam menentukan hayat dan keberadaan jenamanya.

View this post on Instagram

A post shared by COACH SAID ?? (@saidsaifulfazli)

Menurut Pengasasnya, Said Saiful Fazli, apa yang lebih utama ialah terus menghargai ejen yang dianggap aset syarikat dan tak lokek melabur wang untuk memberikan ganjaran dan hadiah sebagai suntikan semangat kepada mereka.

“Sebelum mempunyai jenama produk sendiri, saya pernah 13 tahun bergelar ejen menjual produk orang lain. Apabila saya berjaya buat ‘sales’ atau melonjakkan jualan, pihak ibu pejabat sangat meraikan saya. Sebab itu apabila di posisi sekarang, saya terus praktikkan benda sama kerana saya sangat memahami apa yang ejen mahukan.

“Lumrah dalam hidup, kita akan rasa dihargai apabila setiap kerja dilakukan berbaloi dengan hasil dimiliki. Lebih daripada itu, kita dihargai dengan anugerah atau pelbagai ganjararan untuk menyuntik semangat bekerja. Macam pelakon dan penyanyi, bakat mereka diiktiraf dengan trofi anugerah.

“Selama ini ejen sayalah yang banyak buat jualan untuk syarikat. Jadi tak salah untuk syarikat meraikan dan menghargai mereka. Bukan banyak kos pun untuk semua itu dan nak dibanding dengan usaha ejen melonjakkan jenama dan jualan produk,” katanya.

Namun, Said berkata, dalam berniaga ini tak ada istilah ‘modus operandi’ digunakan itu salah atau sebaliknya.

“Terpulang kepada niat dan tujuan masing-masing. Ada yang cakap itu cara yang betul. Tapi antara wajar dan tidak, tepuk dada tanya selera. Pilihan di tangan masing-masing.

“Pada akhirnya, saya percaya guna ‘modus operandi’ sebegitu atau tidak, niat pengasas produk seperti kami hanya mahu memberi manfaat kepada orang ramai dan membuatkan produknya dikenali.

“Cuma pada pandangan peribadi, apabila pengasas produk tak pandai menghargai ejen dan hanya sentiasa nak tunjuk kemewahan semata-mata sedangkan ejen terus bergelut… tiada gunanya juga. Mungkin ejen itu takkan lama setia dengan kita,” katanya.

Kata Said lagi, sejak jenama itu diperkenal dan dilancarkan April 2021, seramai lebih 25,000 ejen berjaya direkrut.

Lebih 450 ejen dihargai ChocoAlbab di Splassh Mania Water Park, Banting

“Dalam syarikat saya, kami terapkan nilai ‘togetherness’ atau kebersamaan dalam menghargai keberadaan ejen. Perkataan itulah umpama azimat dan kata sakti yang dilaungkan saban waktu.

“Buat apa sama-sama. Biar kaya dan berjaya sama-sama. Jadi itulah yang menjadi halatuju dan tujuan dalam syarikat. Jadi, di ChocoAlbab cara berkenaanlah menjadi salah satu usaha melonjakkan jenama yakni dengan membolehkan ramai ejen berjaya dengan kita. Apabila berjaya sama-sama, insya-Allah kita boleh kekal lama,” katanya.

Tambah Said lagi, dia percaya apabila wujud konsep ramai ejen yang mempromosi jenama produknya, maka di situ ada potensi lonjakkan nama ChocoAlbab.

“Kata kunci di sini, ejen adalah mustahak. Saya takkan melupakan jasa mereka yang berusaha keras menaikkan jenama. Malah ramai ejen saya yang sudah nikmati bonus dan pelbagai rezeki dengan menjual produk ini. Malah syarikat baru saja pulang bercuti menerusi percutian mewah ke Club Med Cherating dan Splash Mania Water Park, Banting.

“Seramai 450 ejen berpeluang menikmati ganjaran percutian itu. Pendek kata, selain memberi ganjaran anugerah dan hadiah, syarikat banyak melaburkan wang untuk pemasaran untuk ejen atau saya sebut sebagai ‘anak team’. Tiga kali seminggu ada kelas coaching untuk mereka.

“Begitulah putaran kerja di sini, selepas ejen bekerja keras mendapatkan hasil diingini, mereka layak diberi ganjaran. Itulah teknik dan resipi saya membina komuniti ChocoAlbab. Yakni membina ‘anak team’ yang berjaya, dihargai dan sekaligus melahirkan usahawan cemerlang,” katanya.

Said berkata hingga saat ini, dia belum terlintas untuk menggunakan ‘modus operandi’ popular dimaksudkan.

Said Saiful Fazli pernah menimba pengalaman menjual produk orang selama 13 tahun sebelum memiliki empayar jenama sendiri menerusi ChocoAlbab

“Bagi saya segelintir syarikat atau ‘founder’ memilih sensasi cara viral mungkin ada kebaikan dan kelebihannya. Saya tak boleh menghukum dan tak berhak mengadili apa cara sekalipun. Cuma bagi diri ini, saya tak memilih cara itu sebab tak mahu jenama produk hanya meledak popular sekali atau bermusim saja.

“Bayangkan apabila viral sekali saja, mulalah ada kes produk di ‘restock’ tapi ejen tak dapat jual dalam tempoh masa tertentu. Malah di ChocoAlbab, kami tak amal cara begitu kerana tak mahu ejen terkesan mengeluarkan modal besar.

“Saya selalu berpesan kepada ‘anak team’, kalau jual produk viral ini kemungkinan permintaan bertahan satu ketiga bulan saja. Lepas itu, sudah tak boleh cari makan. Cukup dapat jual produk yang konsisten dan ‘evergreen’ macam jenama Milo contohnya yang terus bertahan hingga sekarang,” katanya.

Tegas Said lagi, dalam berniaga perlu ada perancangan ‘sustainability’.

“Melihat jenama popular bertahan, dari situlah saya nampak bagaimana boleh cari makan dengan cara yang berpanjangan. Sebab di luar sana, ada ‘founder’ yang praktikkan cara ‘touch and go’. Cara sebegitu juga mewujudkan ejen yang ‘touch and go’.

“Sedangkan saya nak ejen serta pengedar yang bertahan lama dan bukan bermusim. Sebab itu juga saya suka amal cara syarikat jualan langsung yang lebih praktikal berbanding mengejar sensasi ‘modus operandi’ yang bersifat sementara,” katanya.

ChocoAlbab
https://lomp.at/mizzr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korporat

Aurat Terjaga, Hati Tenang: Salon Muslimah Ini Labur RM700K Untuk Hijabis

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Bayangkan, sebuah salon di Bandar Baru Bangi yang sepenuhnya direka untuk wanita Muslimah.  Dari pintu masuk hingga ruang rawatan, semua...

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Pak Nil, Podcast dan Kisah Di Sebalik Kesinambungan 6 Tahun Bersama Eskayvie

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Kalau sebut sahaja Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil, MURAI terus terbayang senyuman hangat dan aura...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan Kebersamaan Melalui Secawan Kopi Ketika Tahun Baru Cina & Ramadhan

by Naddy Joe
February 12, 2026

ZUS COFFEE memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan yang bakal tiba dengan acara KONGSI ZUS COFFEE di Sunway Pyramid...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore