Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Mengatasi Keletihan

by Jash Lee
July 11, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah siap untuk memulakan tugasan namun masih berasa mengantuk? Perkara ini mungkin kita sudah biasa dengar dan mungkin kita pun selalu mengalaminya. Kita memerlukan sejumlah besar tenaga untuk bertahan sepanjang hari.

Menjadi perkara biasa apabila kita mula berasa letih pada penghujung hari, tetapi jika keletihan mula terasa sejak dari pagi, anda perlu mencari cara yang berkesan bagi mengatasinya. Biasanya tekanan, kegelisahan dan kurang tidur adalah penyebab utama keletihan. Oleh itu, berikut adalah beberapa cara untuk kekal segar dan bertenaga untuk mengatasi keletihan secara semulajadi.

Senaman

Rancang jadual yang merangkumi latihan dalam rejimen seharian anda. Senaman dapat meningkatkan peredaran darah, stamina dan jisim otot sehingga kita merasa lebih bertenaga. Senaman juga terbukti dapat memberi tenaga yang berpanjangan  sepanjang hari yang selalu menjadi pilihan yang lebih sihat berbanding dengan pengambilan ‘supplement‘ luaran atau kafein.

via Total Bristol

Kekal Terhidrat

Sekiranya anda adalah seorang yang suka menghilangkan dahaga dengan memilih air soda, kopi atau teh dan bukan air putih, anda mungkin akan merasa dehidrasi selepas itu. Dehidrasi adalah salah satu penyebab utama keletihan kerana kekurangan penggunaan air putih yang mempunyai aliran oksigen ke otak dan akan menyebabkan jantung anda terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengepam oksigen ke seluruh badan dan ini akan menyebabkan anda mudah merasa letih. Dehidrasi juga menghalang prestasi otot yang optimum sehingga badan menjadi letih.

Oleh itu, tukarlah air soda, kopi dan teh kepada segelas air putih apabila anda merasa dahaga. Sekiranya anda memerlukan motivasi, beli sebotol air yang lebih menarik atau tetapkan peringatan pada telefon anda untuk diminum sesekali.

via www.greelane.com

Berehat Seketika

Kita semua memerlukan rehat yang sempurna walaupun hanya seketika untuk menenangkan fikiran dan minda. Melakukan kerja yang lama di hadapan skrin dapat meletihkan mata, fikiran dan tubuh badan. Cuba beri ruang untuk mencari kesegaran dan lakukan ritual rehat yang lebih sesuai. Bagi sebilangan orang, hanya dengan berbual dengan rakan sekerja juga agak berkesan untuk menghilangkan rasa penat dan dapat membantu menyegarkan minda. Tetapi harus juga diingat, hanya 5-10 minit sahaja, jangan pula sehingga mengundang kemalasan.

Sekiranya minda yang aktif pula mengganggu tidur anda pada waktu malam, ikuti tip ringkas ini. Matikan semua skrin sekurang-kurangnya 1 jam sebelum tidur. Ini akan melegakan minda anda daripada terlalu aktif.

via Cosmopolitan.My

Makanan Yang Sihat

Sebilangan besar dari kita adalah pengikut kuat peribahasa yang mengatakan ‘kamu adalah apa yang kamu makan’. Jenis makanan yang anda pilih untuk dimakan secara tidak langsung akan mempengaruhi mood dan fikiran anda. Ramai diantara kita tidak sedar dengan carta piramid makanan dan sering didorong oleh makanan yang menyenangkan secara estetik.

Makanan yang menyebabkan keletihan dan minda adalah karbohidrat kerana ianya menghasilkan kandungan glukosa yang mengakibatkan gula dalam darah lebih tinggi dan inilah yang akan menyebabkan anda mudah merasa lesu.

Oleh itu, cuba gantikan karbohidrat dengan protein yang berasaskan tumbuhan tanpa lemak. Sekiranya anda masih tidak dapat meninggalkan karbohidrat sepenuhnya, dapatkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti pisang, sayur-sayuran dan kekacang dalam makanan harian anda untuk mengimbangi kesan karbohidrat di dalam badan.

via Salam Today

Lakukan Regangan Ringan

Luangkan sedikit masa untuk melakukan regangan ringan pada waktu pagi untuk kesan yang lebih baik. Anda boleh sahaja menggunakan alat yang tersedia di rumah seperti kerusi, meja atau dinding untuk melengkapkan senaman anda. Apabila anda merasa tertekan, otot akan mula berkontraksi dan ini akan membuatkan anda berasa kaku dan sukar untuk oksigen mengalir ke otak. Regangan bukan sahaja dapat meningkatkan daya tahan tubuh tetapi juga dapat melegakan otot-otot yang tegang, membaiki postur tubuh dan juga dapat menenangkan fikiran.

Apabila ini berlaku, anda melepaskan hormon ‘endorphin‘ yang senang dan dapat meningkatkan mood seharian anda. Regangan yang terkenal seperti yoga juga bagus untuk dipraktikkan. Anda boleh merujuk di web yang tersedia dengan panduan lengkap bagi kesesuaian semua peringkat dan tahap yang bergantung kepada pilihan anda.

via Healthline
keletihan kesihatan senaman pemakanan
https://lomp.at/84rqb
Share15Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
Budaya

5 Alasan Kenapa CIMB ‘Team Up’ Dengan DBKL, Hannah Yeoh Pun Sokong

by Phic ARMAN
April 16, 2026

Kerjasama antara CIMB Bank Berhad (“CIMB”) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui MoC bernilai RM5 juta selama 3 tahun...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai yang mula sibuk membuat pelbagai persiapan. Daripada membeli baju raya, menghias rumah sehinggalah menyediakan...

Read moreDetails
Budaya

Peminat BTS Malaysia Kecewa Sikap Orang Korea Tak ‘Tourist Friendly’, Netizen Bidas

by Phic ARMAN
April 14, 2026

Baru-baru ini, tular di Threads apabila seorang peminat kumpulan K-pop terkenal BTS dari Malaysia berkongsi pengalaman pertamanya melancong ke Korea...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara