Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Cepatlah Tukar Nama IG” – Netizen Gesa Shuk Sahar ‘Buang Nama Hot FM’

by Khai Azfar
February 19, 2021
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Semalam, pihak pengurusan Hot FM menerusi Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Mohd. Tahrim berkata, mereka telah menamatkan kontrak perkhidmatan Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta.

Selamat Tinggal Shuk 

Ini berikutan, siasatan dalaman syarikat mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian dan difahamkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar telah dimaklumkan mengenainya.

“Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.

“Selepas selesai siasatan dalaman mendapati berlakunya pelanggaran terma perjanjian oleh Shuk seperti yang sudah dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatannya sebagai penyampai radio Hot FM.

“Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini,” katanya dalam sebuah kenyataan

Netizen Gesa Shuk Tukar Nama 

Dalam pada itu, menerusi carian Murai.my pada Instagram pelawak itu mendapati nama yang didaftarkan pada platform itu masih menggunakan @shuk_hotfm sehingga artikel ini ditulis (19 Februari 2021). Manakala pada bahagian profil juga masih tertera ‘HotFM DJ Announcer’ merujuk kepada tugasnya sebelum ini.

Menjengah kepada ruangan komen hantaran terbaharu Shuk, rata-rata netizen mengecam dan menggesa agar dia menukar namanya dengan kadar segera memandangkan dia tidak lagi bersama stesen radio berkenaan. Namu begitu, ada diantara mereka meminta agar diberikan ruang buat Shuk untuk kembali ke fasa baharu dalam hidupnya.

Terdahulu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu rumah tangganya yang tular di media sosial. Difahamkan segmen kendaliannya terdahulu bersama rakan penyampai, Fizie menerusi Geng Pagi Hot (GPH) diberi nafas baharu apabila memperkenalkan pelakon,penyanyi dan pelawak Mark Adam sebagai gandingan baharu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Shuk SaharShuk Sahar Hot FM
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara