Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

‘Stress Tekanan Jiwa Konon’- Chef Wan Mahu Pelaku Baling Batu Pada Kucing Terima Hukuman Setimpal

Lepaskan marah pada haiwan kerana tidak berkerja, Chef Wan berharap pelaku terima hukuman setimpal

by Puteri Alia
June 22, 2022
via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

Share on Facebook

Personaliti masakan tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Chef Wan, berkongsi pandangannya tentang isu kucing dibaling batu oleh seorang individu yang tidak berhati perut menerusi muatnaiknya di Instagram.

Perlu Jatuhkan Hukuman Yang Berat

Isu yang tular ini mendapat perhatian Chef Wan, beliau berharap pelaku yang mendera haiwan jinak itu menerima hukuman yang berat dan sekaligus dijadikan sebagai contoh buat mereka yang bersikap tidak berhati perut terhadap haiwan.

“Ini merupakan perangai yang sakit dan jahat.

Mereka perlu dihukum sekerasnya sebagai contoh kepada orang lain, yang kita tidak boleh ambil remeh perkara ini.

Saya terkejut melihat video itu.

Kenapa banyak sangat kebencian terhadap haiwan cantik ini.

Apa masalah di kepala mereka?

Stress tekanan jiwa konon akibat di buang kerja.

Beribu atau lebih yang hilang pekerjaan mereka tapi tak pernah mereka lepaskan kemarahan kepada kucing.

Perangai yang menjijikkan.” Coret Chef Wan

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

Rakan Artis Dan Netizen Banjiri Ruangan Komen

Muatnaik yang dikongsikan Chef Wan mendapat pelbagai komen dari rakan selebriti dan juga warganet terhadap isu panas yang sedang tular ketika ini.

Rata-rata bersetuju dengan pandangan Chef Wan agar pelaku dijatuhkan hukuman yang berat, apatah lagi sikap seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Jahat sungguh. Masih tunggu apa tindakan yang polis akan buat kat dia ni. Kena pastikan kita tak lepaskan!” – Fazura

“Semoga polis ambil tindakan segera!!! Jangan lepaskan orang macam ni” – Mona Allen

“Jahatnya!!!!” Marsha

via Instagram Datuk Redzuawan Ismail

“Memang jahat punya perangai… Manusia ni patut dihukum sepadannya..”

“Semoga si pelaku mendapat pembalasan yang setimpal”

“Claim tekanan mental. Senang manusia. Apa-apa salahkan haiwan. Sebab apa? Sebab haiwan tak boleh berkata” komen warganet

Sekadar info, suspek yang baling batu pada kucing mendakwa dirinya mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja.

Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-"Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi..."

Suspek kini dalam tahanan polis dan direman mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, dengan peruntukkan maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

chef wanDibaling Batukucing
https://lomp.at/iq70j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Raja Atiq Kesal Ada Syarikat Terkenal Masih ‘Delay Payment’-“Macam Ni Ke Artis Lain Kena?..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Raja Atiq meluahkan rasa kesal terhadap salah satu syarikat  terkenal di Malaysia yang didakwa bersikap melengah-lengahkan untuk menjelaskan bayaran...

Read moreDetails
Lokal

Uqasha Senrose Tegur Sikap Netizen Terlalu ‘Over’ Dengan Isu Cerai-“Jangan Lebih-Lebih!..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Pelakon, Uqasha Senrose tampil memberikan teguran terhadap netizen untuk tidak bersikap terlalu melebih-lebih terhadap isu penceraiannya bersama aktor, Kamal Adli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore