Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Cik B Akhirnya Bersuara Selepas Teruk Dimaki Netizen Susulan Kejayaan Single Pertama

by Khai Azfar
December 15, 2020
Share on Facebook

Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, 15 atau lebih dikenali sebagai Cik B meluahkan rasa sedih dan terkilan di laman Twitter nya apabila terdapat segelintir netizen memberikan kecaman dan pelbagai tuduhan yang melampau selepas melancarkan single terbaharunya, Tolonglah.

Cik B Nafi Masuk Industri Kerana Kekayaan 

Menyangkal dakwaan kononnya dia memasuki industri seni dengan kekayaan keluarga nya, menurut Cik B dia mencuba nasib sebagai penyanyi dan pelakon sebelum ini kerana ingin mecari rezeki.

Malah tegas Cik B, ibunya yang juga usahawan kosmetik popular Dato Sri Vida (DSV) telah bekerja keras untuk mereka sekeluarga sebelum ini dan bukanlah hanya sekadar duduk di rumah.

“Netizen cakap ‘kaya bolehlah’ lol!”

“Cik B buat semua itu nak cari duit jugalah bro! Orang bayar Cik B untuk nyanyi,berlakon dan sebagainya.Alhamdulillah!”

“Ingat senang ke?Mama kaya sebab kerja! Cik B pun kerja! Bukan duduk rumah goyang kaki dengki dengan orang. Alhamdulillah rezeki” tulis Cik B

Tidak Akan Mengalah 

Meskipun berasa sedih dengan kecaman yang diterima, menerusi sebuah tweet lain jelas pelakon Lelaki Lingkungan Cinta ini dia sama sekali tidak akan mengalah dan akan memperbaiki kelemahannya pada masa akan datang.

“Hey semua, Cik B akan cuba perbaiki mana patut dan juga Cik B tak mudah give up. I can do whatever I want and you can do whatever you want just trust yourself” kongsinya

Untuk rekod video muzik Tolonglah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Cik B itu kini telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan sejak dilancarkan pada 8 hari yang lalu.

Selepas bergelar pelakon dan penyanyi, Cik B juga bakal tampil sebagai pelawak dengan menyertai Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan ABC yang turut dianggotai oleh pelawak Chiwan dan Achok Chilok.

Error happened.
[VIDEO] Leona Kongsi Momen Jumpa Cik B, Sempat Mengaku Sebagai 'Anak Angkat' DSV!
cik B
https://lomp.at/703u5
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara