Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Baru Kehilangan Anak, Cristiano Ronaldo Kongsi Foto Keluarga & Titip Ucapan Buat Peminat

Setelah umum kematian bayi lelaki kembar, pemain bola sepak dunia kongsi foto sekeluarga di media sosial

by Puteri Alia
April 22, 2022
via Instagram Cristiano Ronaldo

via Instagram Cristiano Ronaldo

Share on Facebook

Pada tiga hari lalu, dunia dikejutkan dengan berita sedih di mana anak kepada pemain bola sepak terkenal dunia meninggal dunia. Cristiano Ronaldo mengumumkan perkhabaran dukacita tersebut di media sosial, mendapat perhatian ramai.

Kehilangan Bayi Lelaki Kembar

Pada tahun lalu Cristiano mendedahkan pasangannya Georgina Rodriguez sarat hamil sepasang bayi kembar lelaki dan perempuan. Pastinya sebagai ibu bapa, perasaan teruja menyambut ahli baru dalam keluarga merupakan perkara yang sangat menggembirakan.

Namun kegembiraan dan keterujaan yang dinanti bertukar hiba, apabila Cristiano berkongsi berita sedih di Instagram dan Twitter nya bahawa dia dan pasangan kehilangan bayi lelaki kembar mereka.

“Dengan rasa yang sangat sedih kami perlu mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ianya kesakitan yang sangat besar yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa.

Hanya dengan kelahiran bayi perempuan kami dapat beri kami kekuatan untuk hidup pada ketika ini dengan harapan dan kegembiraan. Kami ingin berterima kasih kepada doktor dan jururawat untuk penjagaan pakar dan sokongan mereka.

Kami sangat berdukacita atas kehilangan ini dan kami meminta untuk ruang peribadi pada masa sukar ini.” umumnya

via Twitter / Instagram Cristiano Ronaldo

Kongsi Gambar Keluarga Terkini

Selepas berkongsi perkhabaran sedih tersebut pemain bola sepak terkenal dunia ini muatnaik foto dia sekeluarga bersama bayi perempuan kembarnya di Instagram dengan kiriman kapsyen penuh rasa terima kasih terhadap orang ramai yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada dia sekeluarga.

“Bayi perempuan kami dan Gio kini akhirnya bersama kami. Kami mahu berterima kasih kepada semua orang untuk tindakan dan ucapan baik.

Sokongan anda sangat penting dan kami semua merasai kasih sayang dan hormat anda terhadap keluarga kami. Sekarang adalah masa mensyukuri untuk kehidupan yang kami baru sambut di dunia ini” tulisnya

via Instagram Cristiano Ronaldo

Sekadar info, Cristiano merupakan bapa kepada Cristiano Jr berusia 11 tahun, sepasangan anak kembar Mateo dan Eva berusia 4 tahun.

Manakala Alana merupakan anak pertama Cristiano bersama Georgina yang lahir pada tahun 2017 dan kini keluarga besar pemain bola sepak terkenal dunia ini diserikan dengan kehadiran bayi perempuan kembar di sisi.

christiano ronaldo
https://lomp.at/79h5p
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara