Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Daiyan Trisha Sedih Dikecam Selepas Minta Netizen Yang Belum Divaksin Kongsi Data

Rata-rata warganet meminta Daiyan untuk tidak bersedih selain beranggapan niatnya hanya sekadar ingin membantu

by Khai Azfar
July 5, 2021
Share on Facebook

Nama penyanyi, pelakon dan pengacara Daiyan Trisha trending di laman Twitter pada Ahad selepas memaklumkan dia kini menjadi salah seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Ramai Teruja Daiyan Jadi Sukarelawan 

Kemunculan Daiyan di pusat vaksin tersebut ternyata berjaya menarik perhatian ramai apatah lagi ada yang tidak sabar untuk menunggu giliran suntikan vaksin mereka hanya kerana ingin bertemu selebriti jelita ini. Dalam pada itu, Daiyan turut meminta orang ramai yang masih belum mendapat tarikh temujanji vaksin mereka untuk untuk membalas ciapannya dengan tangkap layar aplikasi MySejahtera mereka.

“Hi guys. I’m trying to collect data and figures, so sesiapa yang masih tak dapat date vaccination dari awal daftar, yang mysejahtera dia masih tak ada perubahan, please rt this tweet.

“Kalau boleh screenshot mysejahtera dan reply dekat tweet ni. Thank you” tulisnya di laman Twitter

Tindakan Dikecam, Daiyan Padam ‘Tweet’

Bagaimanapun, ciapan tersebut telah dikecam oleh sesetengah pihak berikutan mereka mendakwa tindakan Daiyan meminta orang ramai berbuat demikian hanya akan membuatkan data peribadi orang ramai berisiko untuk terdedah.

Susulan itu, pengacara Muzik-Muzik ini telah memadam ciapan tersebut dan memuatnaik permohonan maafnya di laman tersebut.

Jelas empunya nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ini, niatnya hanya ingin membantu namun telah disalah sangka sesetengah pihak. Dalam pada itu, Daiyan turut meminta mereka yang telah berkongsi tangkap layar aplikasi MySejahtera untuk memadamnya dengan kadar segera.

“i’m sorry. honestly was just trying to help. will keep quiet for now. please delete your ss and info ya. i apologize for the confusion. stay strong everyone” tulisnya lagi

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta Daiyan untuk tidak bersedih selain beranggapan niatnya hanya sekadar ingin membantu itu adalah sesuatu yang murni.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Daiyan Trisha
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara