• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Dapat Cop SIRIM, Hannan Medispa Lancar Strategi #nextlevel

by Phic ARMAN
March 14, 2023
Share on Facebook

Selepas 11 tahun beroperasi, jenama spa kecantikan popular, Hannan Medispa mengukuhkan posisinya dengan menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama SIRIM Berhad.

Majlis berlangsung di pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor pada 10 Mac lalu menyaksikan kerjasama strategik termeterai sebagai kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia dalam bidang kosmetik diusahakan jenama terbabit.

Pengasas jenama itu yang juga doktor perubatan, Dr Hannan Yusof menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha berterusan mengukuhkan jenamanya ke satu lagi peringkat tertinggi.

Ia turut diperkasakan menerusi tanda pagar #nextlevel yang diwujudkan.

Dr Hannan Yusof bersama orang kuat SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad

“Menerusi MoA dan kerjasama ini, SIRIM akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik kami hasilkan. Bahan mentah pertama yang dibekalkan dalam produk kami ialah ekstrak nanas dipanggil ‘bromelain’.

“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas ini dilakukan pasukan penyelidik SIRIM sejak beberapa tahun lalu. Ia sekali gus membuktikan produk kosmetik kami hasilkan berasaskan ‘bromelain’ ini berkesan untuk digunakan termasuk mencerahkan kulit.

“Pihak SIRIM juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan SIRIM,” kata Dr Hannan.

Dr Hannan menambah serentak dengan termeterai perjanjian itu, pihak SIRIM juga sudah mengeluarkan sijil keselamatan untuk beberapa produk diuji.

Termeterai sudah MoA, Dr Hannan optimis mengembangkan jenama kosmetik rangkaiannya

“Saya dengan kerendahan hati berharap kerjasama ini juga dapat membuka mata rakyat khususnya pengguna jenama kami supaya terus cakna dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang selamat.

“Seperti yang ditegaskan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SIRIM, kalau produk ada cop SIRIM baru beli.

“Syukur Alhamdulillah produk rangkaian jenama kami sudah ada cop SIRIM. Kami pilihan mereka. Insya-Allah bersempena Syawal yang akan tiba, kami juga akan keluarkan set penjagaan kulit dan rambut edisi raya. Serentak dengan itu juga kita akan terbitkan sebuah video raya istimewa. Tunggu,” katanya.

Beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal ini sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia dengan jumlah keseluruhan 1500 staf.

Malah hingga kini jenama berkenaan mempunyai lebih 3 Juta pelanggan.

“Kami bermula dengan permulaan yang sangat penuh kerendahan diri. Hinggalah mampu mencipta empayar perniagaan yang berkembang pesat serta meluas.

“Lebih utama kami juga mewujudkan spa dan kemudahan ini bersifat mesra Muslim dan tanpa was-was. Kami mahu terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan memastikan ‘everyone can cantik’.

“Malah dengan tanda pagar #nextlevel dilancarkan, kami mahu jadi terus relevan dan ekstrim. Kami sendiri bersifat spa dan salon terbesar di Malaysia dengan pertambahan cawangan baru setiap bulan,” katanya.

Dr Hannan menambah, jenamanya turut memiliki kilang penjagaan kulit sendiri di Muar, Johor yang berkeluasan besar selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Hannan bersama Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad dan Maria Farida
Fizo Omar hadir pada MoA berlangsung sebagai tanda sokongan

“Bukan mendabik dada, tapi mana ada spa kecantikan lain memiliki kilang sendiri. Hanya kami saja medispa yang memiliki kilang sendiri setakat ini.
Spa baru kita juga terus dinaiktaraf dan diubah suai.

“Segala serbi termasuk bilik pameran dan perabot serba cantik. Mesin dan teknologi kita gunakan juga serba canggih.
Tak lupa, kami juga terus mengubah gaya hidup staf yang menjadi nadi kekuatan empayar ini dengan pelbagai aspek termasuk peluang kerja, berkongsi ilmu hingga dapat membantu keluarga masing-masing.

“Kami bukan setakat membuka peluang kerja kepada ramai orang, tapi ini adalah perubahan hidup yang terbaik dalam terus mengimarahkan hidup serta ekonomi negara,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Majlis MoA itu turut dihadiri Fizo Omar dan Datin Seri Maria Farida.

Hannan Medisp
https://lomp.at/zb7tb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kecantikan

AEON Kini Ada Jenama ‘Makeup’ Sendiri, NALAE! 

by Phic ARMAN
December 6, 2025

Kalau kalian sering ke AEON, ini berita baik! Baru- baru ini MURAI tiba-tiba mata terpaku, “Eh, AEON ada makeup sendiri...

Read more
Kecantikan

Dapat Cop SIRIM, Hannan Medispa Lancar Strategi #nextlevel

Read more
by Phic ARMAN
March 14, 2023
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore