Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Banjir: Tidak Perlu Menunjuk, Elak Sediakan Makanan Bersantan Antara Pesan Fazley Yaakob

Fazley tampil menitipkan pesanan buat pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan mangsa banjir

by Naddy Joe
December 22, 2021
via Instagram & Twitter @SikhInside

via Instagram & Twitter @SikhInside

Share on Facebook

Penyanyi dan chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tampil menitipkan pesanan buat pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan mangsa banjir yang melanda negara ketika ini.

Tidak Perlu Menunjuk Di Media Sosial 

Menerusi posting di Insta Stories, Fazley berkongsi tidak menjadi kesalahan untuk orang ramai membantu mangsa banjir. Namun, mereka yang terlibat tidak seharusnya membuatkannya sebagai kandungan di media sosial kerana khuatir akan menimbulkan riak kelak.

“Sekadar ingatan kita bersama. Tak salah membantu mangsa banjir, tapi tak perlulah live atau upload segala-galanya khuatir menjadi riak.”-Pesan Fazley

Elak Beri Makanan Berkuah & Bersantan Kepada Mangsa Banjir

via Twitter @SikhInside

Dari segi sumbangan makanan kepada mangsa banjir pula, chef popular ini berpesan agar pihak yang terlibat untuk menyediakan makanan yang tidak mudah basi selain mengelakkan makanan berkuah atau bersantan

“Kalau benar nak siapkan makanan, pastikan makanan yang tak senang basi/masam. Elakkan makanan berkuah dan bersantan.

Kesian apabila makanan yang tiba rosak dan tidak boleh dihadam.”- pesannya lagi

Sediakan Bekas Makanan Yang Sesuai

via Twitter @SikhInside

Selain itu, Fazley turut meminta mereka untuk sediakan makanan di dalam bekas yang mudah untuk dimakan.

“Usahakan jika beri bekalan makanan, ada sudu garfunya, atau dibekalkan dalam bekas mudah untuk dimakan, bukan dalam plastik ikat tepi yang akhirnya perlu cari bekas lain untuk dihidangkan.”- kongsinya

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dato fazley yaakob
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara