Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Dekorasi Rumah Dengan Karpet DIY Dan Rak Gantung Dengan Bajet Yang Murah

by Jash Lee
October 24, 2020
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Memiliki rumah yang indah adalah impian setiap orang, terutama bagi pasangan muda yang baru saja berumahtangga. Biasanya masalah hiasan dalaman dan luaran rumah akan ditangani oleh kaum wanita kerana daya pemikiran wanita dapat berfikir dengan lebih terperinci agar terhasil sesuatu yang lebih maksimum.

Adakah anda pernah merancang untuk mengubahsuai atau mencantikkan rumah anda tetapi dalam masa yang sama anda bingung bagaimana mahu memulakannya? Sekiranya anda keliru, ini adalah artikel yang tepat kerana kami akan kongsikan bersama-sama dengan anda cara membuat sendiri rak gantung dan karpet dengan kos yang lebih murah tetapi cantik.

Membuat rak gantung dan karpet sebenarnya agak mudah. Anda hanya perlu menyediakan beberapa bahan yang boleh anda beli dari kedai-kedai yang berhampiran.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dowels (16cm), glue gun, tali macrame dan ring 2.5cm). Adakah anda tahu bahawa rak gantung selain dapat menghias barang, ianya juga dapat digunakan sebagai hiasan pada sudut rumah. Pilih warna yang lebih neutral seperti putih atau coklat atau anda juga boleh memilih warna yang sesuai dengan warna dinding di rumah anda.

via Shutterstock

Setelah kita membuat rak gantung, kita boleh teruskan dengan membuat karpet. Membuat karpet juga agak mudah sebenarnya. Daripada anda perlu beli karpet yang agak mahal dari luar, apa salahnya sesekali jika kita gunakan kemahiran yang ada dengan membuat sendiri sahaja di rumah tanpa memerlukan modal yang banyak. Anda hanya perlu sediakan kanvas, penanda, bulu, pelekat, gam kain dan jarum tilam.

Mari kita teruskan dengan melihat bagaiman cara-caranya untuk membuat sendiri rak gantung dan permaidani bohemia di video yang kami kongsikan di sini. Selamat Menonton!

YouTube video

Sumber: youtube DIYosephine

Selamat mencuba!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dekorasirumah karperDIY rakgantungmurah lowbajet
Share8Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara