Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Dermalene Anjur “Breakfast” Istimewa Bersama Ustazah Asma’ Harun, Raikan Merdeka dengan Gaya

by Phic ARMAN
July 28, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, kami di MURAI sempat meluangkan masa pagi yang cukup bermakna bersama Dermalene Skin Centre dan De.Wan 1958 di Vista Alam, Shah Alam. Acara istimewa ini diberi nama “Breakfast with Dermalene”, dan sejujurnya, ia bukan sekadar acara kecantikan  tapi satu pagi yang dipenuhi rasa gembira, semangat kemerdekaan, dan inspirasi untuk menjaga diri, luar dan dalam.

Seawal langkah kami masuk ke ruang acara, suasana cukup menyenangkan ada aroma kopi dan kuih-muih tempatan yang terhidang indah, senyuman dari pasukan Dermalene yang menyambut penuh mesra, dan dekorasi bertemakan Merdeka yang buat kami terasa sungguh dekat dengan semangat tanah air. Ia rasa macam… satu pelukan pagi yang hangat dan menyegarkan.

Apa yang paling kami suka? Dermalene tak buat sambil lewa. Ada pelbagai aktiviti ringan tapi seronok dari sesi meet & greet, games santai, hingga ke cabutan bertuah yang buat tetamu tak kering gusi menanti. Dan bila diumumkan kehadiran Ustazah Asma’ Harun sebagai Penasihat Syariah Rasmi Dermalene, jujur kami rasa terharu. Ia satu langkah besar untuk membuktikan bahawa kecantikan boleh selari dengan nilai Islamik  lembut, selamat dan beretika.

Acara ini juga menjadi pelancaran rasmi kepada kolaborasi De.Wan 1958 x Dermalene Merdeka Launch, yang berlangsung dari 25 Julai hingga 16 September 2025. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh menikmati tawaran-tawaran yang sangat menarik:

Topik Berkaitan "Saya Terharu & Rasa Dihargai"- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

  • Diskaun 31% untuk semua rawatan kulit
  • Diskaun 40% bagi semua rawatan laser
  • Baucar tunai RM50 dari De.Wan 1958 untuk setiap pembelian pakej

Dan yang paling eksklusif, Tiffin edisi terhad Dermalene x De.Wan 1958 untuk pelanggan yang belanja RM2,000 ke atas. Cantik dan penuh nilai sentimental!

Kami sempat duduk bersama Dr. Alina Hasni, Ketua Pengarah Eksekutif Dermalene, yang berkongsi bahawa misi mereka bukan sekadar untuk merawat kulit, tapi juga memberi ruang untuk setiap wanita rasa yakin, selesa dan cantik dengan cara yang selamat.

“Merdeka bukan sekadar bebas dari penjajah, tapi bebas dari rasa ragu dalam mencintai diri sendiri,” katanya dan kata-kata itu melekat dengan kami sampai sekarang.

Kalau anda juga nak alami sendiri keistimewaan ini, kami sarankan untuk terus ke laman rasmi Dermalene atau kunjungi sendiri cawangan HQ mereka di Vista Alam, Shah Alam. Percayalah, satu sesi di sana boleh jadi hadiah terbaik untuk diri sendiri dalam bulan kemerdekaan ini.

Kami pulang dari acara ini bukan sahaja dengan perut kenyang dan kulit glowing, tapi dengan hati yang terasa lebih dekat pada erti self-love dan patriotisme. Mungkin, Merdeka juga bermula dengan berani menghargai diri sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
De.Wan 1958Dermalene Skin CentreUstazah Asma Harun
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Ordinary
Kecantikan

Krim Mata The Ordinary Beri Perbezaan Ketara Pada Bahagian Mata Dalam 30 Minit?

by Nurul A.
September 12, 2026

Jenama penjagaan kulit dari Kanada, The Ordinary memperkenalkan Lacto-PDRN* 4%+B9 Eye Cream, iaitu krim mata yang direka untuk memberikan ketegasan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara