Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Dia Terbawa Balik Penyepit Kuih” – Netizen Beri Idea Menarik Cara Pulangkan Barang

by Puteri Alia
April 15, 2022
via Twitter

via Twitter

Share on Facebook

Tular di media sosial di mana pemilik akaun Twitter yang dikenali sebagai Tira memuatnaik ciapan yang menarik perhatian ramai, di mana ciapan tersebut mendapat 16.2k retweets, 1,141 quote tweets dan 30.9k tanda suka.

Dedah Mak Terbawa Balik Penyepit Kuih

Tira mendedahkan mesej perbualan di laman Twitter nya, di mana ibu pemilik Twitter tersebut terbawa pulang penyepit kuih.

“Weh mak aku pergi bazar dia terbawak balik penyepit kuih”

via Twitter

Melihat dalam mesej perbualan yang dikongsikan Tira, ibunya bertanya bagaimana cara untuk memulangkan penyepit kuih tersebut.

“Astagfirullah al azim. (Gambar penyepit tersangkut pada beg tangan). Macam mana ibu nak pulang kan ni.” tulis ibu Tira

Netizen Kongsi Idea Menarik Pulangkan Barang

Melihat mesej tersebut dan mengetahui dilema yang dialami ibu kepada pengguna Twitter tersebut, ramai pengguna media sosial berkongsi idea yang kreatif dan menarik bagi memulangkan penyepit kuih tersebut.

“Buatlah pengumuman dekat pembesar suara dekat bazar tu, peniaga mana yang ada hilang penyepit kuih..”

“Steady datang je gerai dia, beli lagi. Lepas tu tinggal je benda tu”

“Atau.. Datang balik kedai tu beli kuih tapi guna penyepit yang terbawa balik tu. Lepas tu acah-acah tinggalkan” ciap mereka

via Twitter

Ramai Alami Pengalaman Yang Serupa

Dalam pada itu, ramai juga warga Twitter memuatnaik ciapan di mana mereka dan ahli keluarga ada juga yang pernah alami pengalaman yang serupa.

“Nasib penyepit kuih, isteri saya terbawa balik remote tv kedai makan ingatkan telefon masuk dalam beg tangan. Selang 2 hari pergi hantar semula remote, sebab nak pergi makan di kedai yang sama.”

“Saya hari tu pergi Family Mart beli maggi pedas, masuk kereta perasan maggi tertinggal dekat kaunter yang di ambil nya sanitizer tangan Family Mart.”

“Saya kes macam saya. Bukan masa puasa. Beli kuih, lepas bayar nak masuk dalam kereta makcik tu jerit ‘nak penyepit acik tak jual’. Satu kedai tengok. Rasa nak jadi anai-anai je masa tu. Malu.” kongsi mereka

via Twitter

Ada yang pernah alami pengalaman yang sama seperti ini?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Penyepit KuihTrendingTwitter
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara