Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Dia Tetap Sokong Walaupun Hingusan Masa Tu” – Achey Imbau Kenangan Lama Bersama Zizan

Sambil menitip ucapan sempena hari lahir, Achey turut imbau kenangan lama bersama Zizan

by Puteri Alia
April 15, 2022
via (IG) Achey Kintang Kintung

via (IG) Achey Kintang Kintung

Share on Facebook

Pelawak terkenal tanah air, Achey memuatnaik foto lama bersama rakan baiknya Zizan Razak yang merupakan usahawan, pelawak dan juga pelakon di Instagram.

Titip Ucapan Hari Lahir Dan Imbau Kenangan Lama

Menerusi hantaran di media sosialnya itu, demi meraikan ulang tahun kelahiran Zizan yang menginjak usia 38 tahun Achey menitip ucapan buat selebriti tersebut.

“Selamat hari lahir Zizan Razak.. Moga terus menjadi insan terbaik dunia akhirat..” titipnya

Dalam pada itu, Achey juga menulis dan mengimbau kenangan lama sewaktu baru mula menceburi industri hiburan tanah air di mana Achey mendedahkan Zizan merupakan antara individu yang banyak memberi sokongan kepadanya.

“Gambar sewaktu aku masih hingusan dalam industri.. Dia tetap sokong walaupun hingusan masa tu.. Sampai sekarang pun dia masih sokong sesiapa juga yang berhingus dalam industri.. Alhamdulillah hingus saya dah baik.. Sesiapa ada hingus cari dia ok..” tulisnya

Disamping itu, Achey juga sempat menitipkan doa agar rakan baiknya itu menemui jodoh yang baik dan hubungan tersebut menjadi.

via (IG) Achey Kintang Kintung

Zizan Hargai Ucapan Achey

Hantaran Achey di Instagram mendapat komen dan respon Zizan, di mana pelakon ini menghargai ucapan dan doa yang dititipkan Achey untuk dirinya.

“Allahuakbar ameen sahabat ku” komen Zizan

Netizen Tumpang Titip Ucapan

Melihat perkongsian di Instagram Achey, ramai pengguna media sosial yang lain menitipkan ucapan hari lahir kepada Zizan di ruangan komen posting hantaran tersebut.

“Sannah helwah abang @zizanrazak869”

“Barakallah fii umrik @zizanrazak869”

“Selamat hari lahir Zizan @zizanrazak869” ucap mereka

via (IG) Achey Kintang Kintung

“Terbaiklah abang @acheykintangkintung dan selamat hari lahir buat abang Zizan Razak semoga dipanjangkan usia dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik”

“Selamat hari lahir abang @zizanrazak869 moga panjang umur, murah rezeki, beri kesihatan yang baik.. Dan berjaya dunia akhirat.. Amin”

“Selamat hari lahir bang Zizan.. Semoga bertemu jodoh tahun ni..” ucap mereka lagi

Selamat hari lahir Zizan!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
acheyZizan Razak
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara