Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Difitnah! Siti Nurhaliza Bakal Ambil Tindakan

by Khai Azfar
April 9, 2018
Share on Facebook

Selama 20 tahun ini, nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh dikatakan antara selebriti yang ‘bersih’ daripada kontroversi yang menjatuhkan namanya. Meskipun bergelar VIP, penyanyi yang disegani namun Siti masih lagi seperti dahulu dan sentiasa merendahkan diri pada sesiapa sahaja termasuk peminat.

Siti Nurhaliza Difitnah

Seperti yang kita sedia maklum bahawa penyanyi itu kini sedang berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah pada Mac yang lalu.

Namun semalam, khabar duka telah dikongsi Siti dimana beliau mendakwa telah menjadi mangsa fitnah sebuah blog dimana gambar dan namanya telah disalah gunakan. Di dalam blog tersebut tertera bahawa kononnya beliau telah disaman kerana membuat pelaburan yang tidak sah disisi undang-undang.

Bakal Ambil Tindakan

Berang dengan kenyataan yang dikeluarkan blog tersebut, Siti menafikan sekeras-kerasnya mengenai berita palsu tersebut dan turut meminta blog tersebut memadam wajah dan namanya bagi mengelakkan kekeliruan.

Siti juga kecewa kerana pada hematnya yang kini sedang berpantang, boleh berehat tanpa sebarang kontroversi yang melibatkan dirinya namun tetap terpalit dengan khabar berita itu. Tambahnya juga,beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya isu tersebut masih lagi berlanjutan.

“Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.

Berita PALSU ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik PAUTAN YANG BERKENAAN, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

SAYA DENGAN INI MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA BERITA TERSEBUT (jika dirujuk pada saya). SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN BERITA PALSU TERSEBUT.
Apakah tujuan yang cuba dibuat oleh pihak yang menulis berita tersebut, saya tidak pasti namun menggunakan wajah saya dan nama Nurhaliza telah MENGUNDANG KEKELIRUAN DAN MENIMBULKAN PERTANYAAN BANYAK PIHAK mengenai KESAHIHAN berita tersebut.

Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya SEPERTIMANA YANG TERTERA DALAM PETIKAN DI BLOG TERSEBUT. Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan YANG SEWAJARNYA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH undang-undang YANG BERKAITAN”

Bersabarlah Siti! Kami juga tidak menyangka akan ada individu yang sanggup membuat khabar angin tersebut. Melihatkan pada sumber blog tersebut ianya sebuah nama yang cukup dikenali. Jika Ya, pasti ramai yang kecewa dengan syarikat tersebut.

TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM - "Saya Bukan Usahawan Mas­yhur, Tapi Ini Amanah Besar"

Sumber  IG Siti Nurhaliza 

datuk seri siti nurhalizasiti nurhalizasiti nurhaliza difitnah
https://lomp.at/ljm94
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore