Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Disangka Dicuri, Kereta Shuib Rupanya Ditunda MBSA Kerana Parkir Salah

by Puteri Alia
August 11, 2025
Share on Facebook

“Dah jumpa. Dah selesai dah. Kena tunda saja oleh MBSA,” kata pelawak Mamat Sepah yang juga rakan rapat kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, selepas insiden kereta Toyota CHR milik Shuib yang pada awalnya disangka hilang rupa-rupanya hanya ditunda pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut Mamat, kejadian itu berlaku selepas mereka berdua selesai menghadiri urusan di Mahkamah Shah Alam dan seterusnya mempunyai mesyuarat bersama. “Saya dah duduk di kedai makan, tiba-tiba Shuib beritahu keretanya hilang. Saya yang menggelabah terus hubungi balai polis untuk bertanya, tetapi mereka memaklumkan tiada laporan kenderaan ditarik atau apa-apa tindakan seumpamanya. Pelik juga, sebab Shuib nampak tenang. Rupanya memang ditunda MBSA kerana diparkir di tempat yang tidak dibenarkan,” katanya sambil mengakui situasi itu agak melucukan selepas mengetahui punca sebenar.

Terdahulu, Shuib memuat naik kenyataan di media sosial memaklumkan bahawa keretanya hilang di kawasan parkir Shah Alam. Kejadian itu berlaku sebaik sahaja dia keluar dari urusan di mahkamah. Pada ketika itu, Shuib benar-benar tidak pasti sama ada kenderaannya telah dicuri atau ditunda oleh pihak berkuasa tempatan.

“Tak tahu hilang kena rembat ke, kena towing MBSA, kena tarik ke? Siapa-siapa ada info, bagi tahu ya,” tulisnya sambil memohon bantuan orang ramai untuk mendapatkan sebarang maklumat. Status berkenaan segera menarik perhatian warganet yang bersimpati dan risau, malah ada yang menawarkan diri untuk membantu mencarinya.

Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut media sosial yang pada awalnya menyangka kereta Shuib benar-benar dicuri, apatah lagi insiden berkenaan berlaku hanya beberapa jam selepas dia selesai berurusan di mahkamah. Tidak kurang juga yang menganggap kejadian tersebut satu pengajaran supaya sentiasa memastikan kenderaan diparkir di lokasi yang dibenarkan.

[VIDEO] Gelagat Thalita Cover Lagu 'Bukan Lagi Kita', Curi Perhatian Netizen!-"Boleh Ganti Arwah Ibu Nanti..."

Akhirnya, segala tanda tanya terjawab apabila pihak MBSA mengesahkan kenderaan itu berada di bawah jagaan mereka kerana kesalahan parkir di kawasan larangan. Shuib yang pada awalnya kelihatan bingung akhirnya menarik nafas lega selepas mengetahui ia bukan kes kecurian. Insiden ini walaupun mencetuskan debaran, berakhir dengan rasa lega dan sedikit gurauan antara Shuib dan Mamat yang berada bersamanya ketika kejadian berlaku.

mamat sepahshuib
https://lomp.at/0hrxf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore