Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diva AA & Kelly Azman Sudah Berdamai?

Menurut Diva AA, dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu

by Khai Azfar
January 25, 2022
Share on Facebook

Pertemuan secara tidak sengaja diantara mereka baru-baru ini, membuka lembaran baharu buat dua selebriti sensasi, Diva AA dan Kelly Azman.

Sudah Berdamai 

Sebelum ini, umum sedia maklum bahawa Diva AA atau nama sebenarnya Azwan Hj Ali telah memuatnaik sebuah ciapan di laman Twitter mempertikaikan kredibiliti seorang juri di sebuah rancangan realiti terbitan syarikat penyiaran swasta. Biarpun tidak menyatakan dengan terperinci mengenai individu tersebut, namun rata-rata netizen berpendapat ia ditujukan buat Kelly yang merupakan seorang penghibur dan wartawan hiburan.

“Viral as ever! Diva AA maki kan jer juri sampah pakai kanta 3KM! Ko bawak sial jer”

“F*cking faked tersial gelupuh ber selfie! Juri-juri sampah yang diperap Astro! Dah habis calon ke? Bila di cop show sampah? Amok! But*h! Gthh Puii” komen Diva AA menerusi sebuah ciapan

Diva AA Akan Terus Beri Teguran 

Buang yang keruh,ambil yang jernih. Kedua-dua figura ini dilihat telah saling berbual dan turut mengambil gambar serta video bersama.

Menurut Diva AA, dia akan terus memberi teguran kepada mana-mana pihak yang menimbulkan isu dan dalam masa yang sama tidak menyangka era ini pelbagai kontroversi panas masih menjadi tumpuan umum.

“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih dari 33 tahun. Siapa pun tidak sangka selepas 10 tahun mendiamkan diri, kini saya kembali. Kalau ditanya apa punca nya, tidak ada apa pun cuma saya enggan mengambil sebarang tugasan ketika itu. Saya duduk di London tetapi kontroversi terus berlegar-legar.

“Saya ingatkan kontroversi 10 tahun lalu berbeza dengan tahun 2022. Ikhlas saya cakap saya dah lalui semuanya, macam-macam cerita dah keluar. Saya tidak menyangka sehingga tahun ini nama dan kontroversi Diva AA berada di tahap yang menggunung. Saya terkejut sebab ingatkan ia semakin tenggelam sebab sebelum saya membawa diri ke London 10 tahun lalu saya kecewa dengan apa yang orang kecam saya.

“Tetapi kini tidak lagi kerana ia telah berubah dan perasaan geram saya semakin menebal. Saya pernah dikecam lebih dari 50 status sehari. Kau sanggup ke dengan kecaman? kalau menteri satu dua kecaman pun dah menggelupur buat sidang media” kata Diva AA kepada Murai.my

Kelly Tidak Berkecil Hati 

Bagi Kelly pula, dia sudah lali dengan pelbagai kecaman sebelum ini dan akui tidak berkecil hati dengan ciapan dari Diva AA kerana sudah lama mengenalinya.

“Saya sudah lama di dalam industri ini. Sama seperti Diva AA saya pun sudah lali dengan pelbagai kecaman termasuk darinya kerana kami pun sudah lama saling mengenali. Apa-pun saya hanya ingin memfokuskan kepada karier saya dan buatkan orang ramai terhibur. Jadi terserah kepada mereka untuk berkata-kata kerana saya hanya menjadi diri saya sendiri dan ingin menjadi penghibur” kata Kelly

Kedua-dua selebriti itu ditemui Murai.my di majlis sidang media MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur baru-baru ini. Di dalam rancangan realiti itu, Diva AA akan bergandingan bersama Issey Fazlisham menggalas tanggungjawab sebagai hos yang akan bermula pada 28 Januari 2022 di saluran Awesome TV.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Diva AAKelly Azman
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  5. 5

    Fatiya Latiff Dedah Realiti Dunia Seni, Akui Tidak Lagi Jadi Pilihan Untuk Watak Utama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara