Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[ULASAN] BAD Tunjuk Kemampuan Dolla Setaraf Antarabangsa

MV BAD kini sudah berjaya mencatat lebih dari 1.4 juta tontonan di YouTube

by Khai Azfar
February 17, 2022
Share on Facebook

Nama kumpulan penyanyi wanita popular era kini, Dolla kembali hangat diperkatakan selepas melancarkan single terbaharu mereka berjudul BAD.

Pertaruhan Bijak Dolla 

Sama seperti single Watch Me Glow, BAD turut mempunyai versi penuh di dalam Bahasa Inggeris yang mana bagi kami satu pertaruhan yang cukup bijak untuk memperkenalkan dengan lebih meluas nama Dolla di persada antarabangsa.

Setelah mendengar BAD, ternyata single kali ini membawa Dolla yang dianggotai oleh empat penyanyi jelita terdiri daripada Angel, Syasya, Tabby dan Sabronzo ke sisi yang lebih matang. Mengekalkan elemen ‘EDM’ dalam BAD, video muzik (MV) juga harus diberikan pujian. Setelah meletakkan tanda aras yang hebat dalam Watch Me Glow, ternyata MV BAD meletakkan satu lagi pencapaian yang cukup membanggakan buat mereka.

Setaraf Antarabangsa 

Tidak keterlaluan jika kami katakan kemampuan Dolla kini berada setaraf antarabangsa sekaligus meletakkan mereka di dalam kelas dan identiti yang tersendiri meskipun sering dibandingkan dengan kumpulan tertentu. Dengan itu, tidak hairan sekiranya MV BAD kini sudah berjaya mencatat lebih dari 1.4 juta tontonan di YouTube hanya dalam masa lima hari sejak dimuatnaik.

Untuk BAD, kami mengharapkan akan terdapat versi runut tinggi seperti ‘Bass boosted’ diterbitkan kelak kerana sudah tentu peminat akan lebih puas mendengarnya menerusi peranti masing-masing.

BAD telah diterbitkan oleh pemuzik Sweden, Ludwig Lindell, Karl-Oskar “Cage”,Gummesson, dan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii. BAD kini berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube.

Topik Berkaitan [VIDEO] "Jennie Blackpink Pun Kalah Macam Ni!" - Sabronzo Dolla Dikecam Hebat, Netizen Kecewa Dengan Penampilan Seksi
YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dolla
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara