Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Dr. Azizan Beri Pesanan ‘Tersirat’ Kepada Para Pengundi- “Saya Bercakap Tentang Manusia”

by Phic ARMAN
November 15, 2022
Share on Facebook

Menjelang pilihanraya umum yang ke-15 dalam beberapa hari lagi ini, ramai rakyat Malaysia yang teruja untuk keluar mengundi. Namun agak ruginya jika yang layak mengundi tidak menjalankan tanggungjawab mereka demi masa hadapan negara.

Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, pengundi yang layak wajib apatah lagi sebagai umat Islam menjalankan tanggungjawab untuk memilih calon yang dapat mewakili mereka.

Katanya, namun pengundi dinasihatkan agar bukan sekadar mengundi untuk pangkah semua yang hanya merosakkannya.

“Setiap satu undi anda bererti, jika kita pilih pemimpin yang baik ia akan jadi dokongan untuk mewakili sesuatu parlimen dengan orang yang baik.

“Saya bercakap tentang manusia, di mana setiap pengundi memilih orang yang akan menjadi wakil mereka nanti,”- katanya dalam video yang dimuat naik dalam laman Instagram Azizan Osman Official semalam.

View this post on Instagram

A post shared by Datuk Wira Dr. Azizan Osman CA(M) FCMA, CGMA (UK) (@azizanosman_official)

Beliau difahamkan berucap ketika sambutan ringkas hari kelahirannya yang dihadiri anak didiknya dan usahawan yang berhampiran di pejabat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Dr. Azizan menambah, setiap orang juga sebenarnya merupakan pemimpin sejak dalam kandungan ibu lagi malah sedang memimpin diri ini.

“Sepertimana hadis Nabi Muhammad SAW, setiap pemimpin bertanggungjawab kepada sesiapa yang mereka pimpin.

“Justeru, kita mempunyai hak untuk memilih maka kita semua juga sebagai pemimpin bertanggungjawab kepada siapa yang diundi,” jelasnya.

Tidak persiakan undi

Dalam pada itu, Dr. Azizan turut meminta agar pengundi untuk tidak persiakan undi mereka.

“Jika kita rosakkan undi, anda sama seperti pemimpin yang tak bertanggungjawab.

“Jadi pilihlah mereka yang akan berikan kebaikan kepada Islam sebab saya orang Islam dan mereka yang akan menyokong dan mendokong kebaikan agar negara ini dapat hidup dengan aman sejahtera,” ujarnya.

Terdahulu, Dr. Azizan juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas segala-gala yang diterima hingga hari ini termasuk memberikan beliau masa ‘bonus’ agar dapat terus memberi manfaat dan membantu orang ramai khususnya usahawan meningkatkan tahap ekonomi dan kewangan mereka.

Beliau akan terus melakukan apa yang dilakukan untuk menjadi seorang manusia bermanfaat kepada ramai orang di luar sana.

Pada awal tahun lalu, Dr. Azizan dijangkiti Covid-19 bersama 31 ahli keluarganya hingga ibu mertuanya meninggal dunia malah beliau sendiri hampir saja maut selepas berada pada tahap kritikal hingga doktor menyatakan sudah tiada harapan.

Pecah Rekod Malaysia Book of Records, RichWorks Buktikan Usahawan Tempatan Boleh Pergi Jauh
Azizan Osman
https://lomp.at/zn3p1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  3. 3

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  4. 4

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

  5. 5

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara