Saturday, August 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Jenis Personaliti & Peribadi Anak-Anak

Angkasawan negara dedah terdapat tiga faktor untuk mengenali jenis personaliti dan peribadi anak-anak

by Puteri Alia
August 26, 2022
via Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

via Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

820
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa tidak kenal dengan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang juga merupakan pakar motivasi terutama berkaitan tentang hal-hal keibubapaan dan cara pengurusan anak-anak yang banyak dikongsikan di dalam buku beliau.

Jenis Personaliti Dan Peribadi

Murai MY menjengah ke Instagram angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar di mana beliau berkongsi sedikit informasi di mana terdapat beberapa faktor untuk mengenal pasti jenis-jenis personaliti dan peribadi seorang manusia.

“Peribadi dan personaliti manusia terbahagi kepada penglihatan, pendengaran dan qalbu. Lazimnya dominasi ke arah satu..” Tulisnya

Berdasarkan entri yang dicoret Dr Sheikh Muszaphar, beliau memberi penjelasan menerusi pemerhatian dan penilaian terhadap anak-anak kesayangannya.

via Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

“Bella lebih kepada jenis personaliti. Dia perlu mendengar untuk selesaikan kerja yang dilakukan. Untuk peperiksaan, saya cuma perlu bacakan kepada dia.

Tasha lain pula. Lebih kepada penglihatan. Dia perlu melihat segala-galanya di depan mata dia. Hanya dengan mendengar saja tidak cukup. Jadi bila saya mengajar dia, saya akan tulis untuk dia lebih mudah faham.

Adam pula lebih kepada personaliti jenis qalbu. Perlu tangani emosi dia. Noah sama seperti Tasha. Eusoff dan Emelia belum dikenal pasti lagi.” Coret beliau

via Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Umur Berapa Boleh Kenal Pasti?

Perkongsian ilmu Dr Sheikh Muszaphar mendapat perhatian orang ramai terutamanya dari golongan ibu bapa sendiri, berdasarkan informasi yang dikongsikan ada segelintir yang bertanya pada usia berapa untuk mula mengenal pasti personaliti dan peribadi anak.

“Seawal umur berapa kita boleh kenal pasti yang mana satu kategori anak-anak kita?” soal salah seorang warganet

Dr Sheikh Muszaphar menjelaskan ibu bapa boleh mula mengenal pasti jenis-jenis tersebut bermula pada usia 3 tahun ke atas.

“Apabila mereka mencapai usia 3 tahun, teras dominan mereka akan muncul. Kebiasaannya pada 5 anda dah boleh mula kenal pasti” jelas beliau

via Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Anak-anak anda jenis yang mana satu? Penglihatan, pendengaran atau qalbu?

Datuk Dr Sheikh Muszaphar shukor
https://lomp.at/bb1fs
Share328Tweet205SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    10 Makanan Yang Diharamkan Masuk ke UK

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem