Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tidak Anggap Tiru Imej, Aina Abdul Kagum Dengan Vida

Aina berkata dia melihat banyak nilai positif yang dibawa oleh Vida

by Khai Azfar
March 22, 2022
Share on Facebook

Penyanyi popular Aina Abdul, 29, tidak beranggapan Dato Seri Vida (DSV) cuba meniru imejnya yang ditonjolkan dalam muzik video (MV) Ku Ikhlaskan.

Aina Kagum Dengan Vida

Sebaliknya,jelas pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani ini, dia berasa kagum dengan jutawan kosmetik itu yang disifatkannya sebagai seorang wanita yang kuat. Memandang positif dengan usikan netizen, Aina berkata dia melihat banyak nilai positif yang dibawa oleh Vida.

“Tiada istilah ‘copycat’ atau apa, masing-masing terinspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun ambil inspirasi daripada orang lain.

“Saya tak rasa dia tiru atau apa. Saya ternampak juga usikan itu daripada peminat. Saya rasa ia hanya gurau-gurau manja saja.

“Tak ada sesiapa pun ambil perkara itu serius. Jadi, saya tak kisah apa orang nak cakap. Namun, saya tahu apa saja DSV lakukan, dia tunjukkan keazaman tinggi,” katanya.

Anggap Vida Wanita Yang Kuat 

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Dedah Aina, dia sangat menghormati Vida dan akui banyak belajar pelbagai perkara daripada figura itu terutamanya menjadi seorang wanita yang berani.

“Saya sangat menghormatinya. Saya memang sentiasa sukakan DSV kerana dia seorang yang sangat berani.

“Dia juga wanita yang kuat. Apa yang dia cuba lakukan, saya belajar bagaimana mahu jadi seperti itu. Mungkin orang di luar nampak yang lawak-lawak saja, tapi saya belajar sisi positifnya. Apa juga yang dia lakukan, dia menjadi diri sendiri,” katanya.

Aina ditemui Murai.my di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad. Untuk info, syarikat produk penjagaan wajah tempatan, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) telah menyambung kolaborasi mereka bersama Aina untuk tahun yang kedua.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aina abduldsv
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara