Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026
Share on Facebook

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bagi menambahkan keanggunan dalam sambutan kempen Rantaian Kasih di Aidilfitri 2026.

Figura Dato’ Sri Siti Nurhaliza pula bukan sekadar lambang jiwa Malaysia, tetapi simbol keunggulan seni tempatan yang berjaya menembusi pentas global. Keanggunan, ketekunan dan sifat penyayang yang dibawanya seiring dengan semangat Rantaian Kasih, sebuah kempen yang meraikan hubungan kasih sayang, nilai kekeluargaan dan keindahan warisan yang terus dipelihara.

Koleksi Sicilia Oro Italia 916

Rekaan Sicilia Oro Italia 916 yang berstruktur dan berani namun tetap feminin mencerminkan aura wanita wanita yang yakin dan anggun seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Dengan kemasan Itali eksklusif serta perincian berlapis yang memantulkan kilauan yang mempesona, koleksi ini menyerlahkan kehadirannya dengan sofistikasi yang memukau.

Kelebaran dan lingkaran emasnya memberi impak visual yang kuat, selari dengan persona seorang biduanita yang sentiasa menjadi tumpuan, namun kekal feminin dan berkelas. Digayakan bersama busana Raya, koleksi Sicilia Oro Italia 916 tampil moden, mewah dan relevan untuk setiap generasi.

Koleksi Ekslusif Batu Permata Rubellite

Pilihan Rubellite yang digayakan oleh Dato’ Sri Siti menggambarkan sisi elegan dan dramatik beliau. Rantai leher Rubellite 92.36 karat dengan potongan Asscher menyerlahkan kedalaman warna yang kaya dengan simbol kekuatan, dan pesona yang tidak pernah pudar, dipadankan dengan berlian potongan emerald bersijil GIA yang melambangkan status serta kredibiliti, seiring dengan perjalanan seni beliau yang gemilang.

Cincin Rubellite 9.07 karat yang melengkapkan set ini pula mencipta keseimbangan antara kemewahan dan ketelitian, menjadikannya pilihan sempurna untuk majlis istimewa di Aidilfitri.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Buat Pisang Goreng Untuk Afwa, Raih Perhatian Ramai!

Koleksi Inspirasi Songket

Selari dengan tema Songket tahun ini, rekaan rantai leher Tanzanit 29.76 karat potongan Cabochon yang digayakan beliau mencerminkan kelembutan serta kehalusan seni tradisi Melayu, manakala batu safir biru 71.92 karat yang mengiringinya memperkukuh aura diraja dan klasik, seakan-akan penghormatan kepada perjalanan seni beliau yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah budaya Malaysia.

Gabungan berlian dan mutiara pula melengkapkan rekaan ini dengan sentuhan abadi, melambangkan kemurnian dan keikhlasan yang sinonim dengan personaliti Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

siti nurhaliza
https://lomp.at/o05pm
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Tidak Tersalah Hantar Anak Ke Sekolah Lain, Namun Lain Pula Yang Jadi?

by Naddy Joe
January 12, 2026

Nama pelawak dan pelakon, Shahrol Shiro sebelum ini mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi pengalamannya yang secara tidak sengaja tersalah...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore