Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Gara-Gara ‘Sotong Ride’ Netizen Gerun Nak Pergi Fun Fair?

by Puteri Alia
December 13, 2022
via TikTok @farinarynaa_

via TikTok @farinarynaa_

Share on Facebook

Tular di media sosial tentang kejadian yang menimpa dua wanita dan seorang kanak-kanak, ketika menaiki permainan ‘Sotong Ride’ di ‘fun fair’ yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam pada 12 Disember semalam.

Video kejadian yang merakam detik cemas itu dimuatnaik oleh seorang pengguna TikTok @farinarynaa_ yang turut berada di tempat kejadian dan rakaman berkenaan mendapat perhatian ramai.

Bukan itu saja, video yang tular ini juga banyak dikongsikan di laman Twitter, dan menjadi bualan serta perdebatan panas dikalangan warganet.

https://www.tiktok.com/@popiahbasah.crispyy/video/7176293975886695707?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&q=Eco%20Grandeur&t=1670903522230

Elak Naik Pergi Fun Fair?

Berdasarkan tinjauan Murai di laman Twitter, rata-rata warganet berkongsi pelbagai pendapat serta pandangan tentang fun fair. 

Melihat ciapan warganet, masing-masing berpendapat permainan yang ada di fun fair tidak mempunyai pemeriksaan keselamatan dan mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh memberi permit kelulusan untuk beroperasi.

“Ya Allah takutnya, tak payahlah naik benda ni merbahaya.”

“Fun fair macam ni tak ada badan keselamatan yang datang periksa lepas dia orang pasang, dan patutnya buat mingguan periksa untuk keselamatan.”

“Persoalannya, pihak berkuasa tempatan (PBT) ada buat pemeriksaan keselamatan sebelum meluluskan permit untuk beroperasi dan juga pemeriksaan berkala.” Ciap warganet

via Twitter

Dalam pada itu, ada juga warganet menasihati agar orang awam tidak mengunjungi fun fair kerana bukan saja aspek keselamatan meragukan malah harga bayaran bagi satu permainan juga tidak murah.

“Rasanya dah boleh boikot kot fun fair ni. Baik pergi genting atau sunway, mahal-mahal pun keselamatan terjaga. Lagipun fun fair ni mahal juga, 1 token RM4-RM5, satu permainan paling-paling murah pun 4 token RM10..”

“Dekat fun fair ni setakat nak main yang baling-baling tin ke.. Masuk gelang dekat paku ke okay lah, tapi kalau nak naik yang ekstrem-ekstrem tak payah lah.. Tu semua barang-barang lama.. Luar nampak elok tapi enjin dalam kita tak tahu.” Ciap mereka

via Twitter

“Elakkanlah naik permainan fun fair yang jenis pindah randah pacak khemah. Tak terjamin keselamatan dia orang.”

“Kalau jenis mesin fun fair macam ni, kalau boleh tolong lah elakkan diri daripada nak main. Penyelenggaraan pencegahan dia orang belum tentu periksa sama ada semua jenis mesin fun fair tu berada dalam keadaan selamat untuk digunakan atau tidak. Lagi-lagi fun fair jenis yang cabut pasang ni.” Ciap mereka lagi

via Twitter

Sekadar info, ketiga-tiga mangsa yang cedera ketika menaiki permainan di fun fair berkenaan telah di bawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Fun FairPuncak AlamSotong Ride
https://lomp.at/vjj94
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @remyishakofficial (FB) / @remyishaktiktok (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Remy Ishak Salam Raya Ibu Undang Gelak Tawa- “Menekan-Nekan Minta Maaf Tu”

by Nurul A.
March 28, 2026

Pelakon kacak, Remy Ishak mencuri perhatian ramai apabila tular sebuah video pendek yang memaparkan dirinya bersalaman raya dengan ibunya. Walaupun...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Berita

Aisha Retno ‘Throwback’ Keputusan SPM, Netizen Kagum!-“Aisha Tak Kosong Ya…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Penyanyi, Aisha Retno membuat perkongsian istimewa bersama peminat selepas para calon SPM 2025 (Sijil Pelajaran Malaysia) mengambil keputusan peperiksaan mereka...

Read moreDetails
Foto - Aptamil™ KID
Lokal

Bella Astillah Kini Bergelar Duta Aptamil™ KID- “Bila Libatkan Anak, Saya Mahu…”

by Nurul A.
April 14, 2026

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah telah diumumkan sebagai duta jenama baharu bagi Aptamil™ KID. Perlantikan ini menandakan kerjasama yang berteraskan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara