Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Puncak Alam Ada Taman Secantik Ini? Dragonfly Park @ Eco Grandeur Buat Ramai Terkejut Dengan Keindahannya

by Farah Fatihah
May 1, 2026
57
KONGSIAN
Share on Facebook

Dragonfly Park @ Eco Grandeur ialah sebuah taman rekreasi terbuka yang terletak di kawasan pembangunan Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor. Taman ini direka dengan konsep landskap hijau yang menggabungkan tasik, laluan pejalan kaki dan juga menyediakan tempat yang santai untuk keluarga atau kawan-kawan berkumpul.

Walaupun masih dalam fasa penambahbaikan, ia sudah dikenali spot terbaru yang popular dalam kalangan penduduk setempat untuk beriadah dan menikmati suasana yang tenang.

Jambatan Putih Jadi Tarikan Utama

Antara spot paling ikonik di sini ialah jambatan putih yang merentasi kawasan tasik. Rekaan jambatan ini menjadikan taman ini nampak lebih menarik dan sering menjadi lokasi bergambar pengunjung. Ramai yang datang bukan sahaja untuk bersantai, tetapi juga untuk mengambil gambar kerana suasananya yang cantik dan kemas.

Aktiviti Santai Untuk Semua

Di Dragonfly Park @ Eco Grandeur, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti:

  • Jogging di laluan pejalan kaki yang disediakan
  • Berbasikal sekitar kawasan taman
  • Berkelah bersama keluarga
  • Aktiviti santai di kawasan lapang
  • Bergambar dengan ahli keluarga atau kawan-kawan

Taman ini juga menyediakan ruang yang luas membuatkan pengunjung tidak rasa sesak walaupun datang pada hujung minggu.

Suasana Tasik & Alam Yang Tenang

Salah satu daya tarikan utama taman ini ialah air tasik yang tenang dengan dipenuhi ikan serta suasana alam sekitar yang tenang. Bunyi burung dan angin sepoi-sepoi menjadikan tempat ini sesuai untuk healing atau lepak bersama kawan-kawan.

Topik Berkaitan Giraffe Cafe Kini Lebih Besar di Damansara, Ramai Dah Mula Serbu

Sewa Basikal Untuk Lebih Seronok

@placesmalaysia

Cycling At Dragonfly Park Selangor! 😍🚲 . 📌 Spot Dragonfly Park @ Eco Grandeur in Puncak Alam, a scenic park shaped like a dragonfly from above! 🪶✨ Enjoy cycling, jogging or even a relaxing picnic while taking in the beautiful views of fountains ⛲️, bridges and peaceful surroundings with birds chirping 🌿🐦 You can also rent bikes at V RIDE +, including family bikes and more fun rides to explore the park! 🚲 . 🎟️ Big Family Bike (4+1 seat) – RM50/hour 🎟️ Small Family Bike (2+1 seat) – RM30/hour . 【 Dragonfly Park @ Eco Grandeur 】 📍 Puncak Alam, Selangor ⏰ 10am – 8pm (Weekdays) ⏰ 7am – 8pm (Weekends) . Bicycle Rental 📍 V RIDE + @Eco Grandeur ⏰ 3pm – 11pm (Weekdays) ⏰ 8am – 11:30am (Weekends) . #dragonflypark #ecograndeur #cycling #puncakalam #selangor #malaysia

♬ Back On 74 – Jungle

Menurut hantaran video Tiktok dari akaun @placesmalaysia menunjukkan terdapat perkhidmatan sewa basikal di V Ride @ Eco Grandeur untuk pengunjung yang mahu pusing kawasan taman dengan cara lebih santai.

Antara pilihan yang ada:

  • Basikal keluarga besar (4+1 tempat duduk) – RM50/jam
  • Basikal keluarga kecil (2+1 tempat duduk) – RM30/jam

Waktu operasi :

  • Hari biasa: 3.00 petang – 11.00 malam
  • Hujung minggu: 8.00 pagi – 11.30 pagi

Menariknya, aktiviti berbasikal ini memberi peluang untuk pusing seluruh kawasan taman dengan lebih santai sambil menikmati pemandangan sekitar. Aktiviti ini juga sesuai untuk keluarga atau pasangan yang nak enjoy suasana taman dengan cara berbeza.

Sesuai Untuk Santai & OOTD

Dragonfly Park @ Eco Grandeur juga mesra keluarga. Terdapat kawasan lapang yang sesuai untuk kanak-kanak bermain, serta ruang duduk untuk ibu bapa berehat.

Ramai juga yang datang secara beramai-ramai untuk berkelah pada hujung minggu. Dengan landskap moden, jambatan putih dan kawasan hijau yang terjaga, taman ini juga menjadi lokasi kegemaran untuk sesi fotografi dan OOTD.

Dragonfly Park @ Eco Grandeur ialah salah satu taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti ringan bersama keluarga atau kawan-kawan. Walaupun masih dalam perkembangan, tempat ini sudah pun memberi tarikan tersendiri sebagai ruang santai di kawasan Puncak Alam.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
dragonfly parkeco grandeurPuncak Alamselangor
Share23Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Ketiak
Kecantikan

Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

by Nurul A.
October 21, 2026

Memiliki ketiak gelap bukanlah satu masalah kesihatan yang serius, tetapi boleh menggangu penampilan mereka yang gemar mengenakan baju tanpa lengan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
Foto - GSC Malaysia
LifeXplore

31 Dewan Pawagam GSC Malaysia Kini Diperakui INFINITY VISION

by Nurul A.
September 3, 2026

Golden Screen Cinemas (‘GSC’) telah mengumumkan bahawa 31 dewan di seluruh negara kini telah diperakui INFINITY VISION, iaitu dewan yang...

Read moreDetails
LifeXplore

TalentCorp Perkenal MyBakat, Himpunkan 3,000 Peserta Dalam Minggu MyBakat 2026

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) memperkenalkan MyBakat sebagai langkah baharu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, seiring perubahan ekonomi dan keperluan industri...

Read moreDetails
Foto - Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya
LifeXplore

Oriental Kopi x Palm Garden Hotel Putrajaya Bawa Ritual ‘Kopi Dulu’ Sempena Hari Malaysia

by Nurul A.
September 15, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia esok, Palm Garden Hotel Putrajaya dengan bangganya mengumumkan Oriental Kopi sebagai rakan kongsi kopi bagi...

Read moreDetails
Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
LifeXplore

Oh Sem Malaysia! Tourism Malaysia & AirAsia MOVE Ajak Anda Terokai Permata Tersembunyi Negara

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Jika sebut tentang percutian dalam negara, destinasi popular seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Melaka mungkin terus bermain dalam fikiran. Tetapi,...

Read moreDetails
Hari Kesihatan Mental Sedunia
LifeXplore

Kerja Seronok Tapi Mental Penat? Cuba Tanya Diri Kamu 5 Soalan Ini!

by Nurul A.
October 9, 2026

Jatuh pada 10 Oktober setiap tahun, Hari Kesihatan Mental Sedunia merupakan peringatan untuk kita meneliti semula bagaimana pekerjaan boleh mempengaruhi...

Read moreDetails
LifeXplore

Thule Expo 2026 Perkenal 3 Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak, Mudahkan Urusan Ibu Bapa

by Phic ARMAN
October 30, 2026

Membawa anak kecil menaiki kereta bukan sekadar soal keselesaan. Aspek keselamatan, posisi duduk dan kemudahan mengalihkan anak dari kereta ke...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara