Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

[Edisi Raya] 3 Trik Mudah Jaga Wajah, Tak Perlu Lagi Guna Filter Bila Nak Bergambar

by Soph Azz
April 25, 2023
Foto - @littlemisskhan (IG)

Foto - @littlemisskhan (IG)

Share on Facebook

Balik kampung untuk beraya, kamu berasa sedikit cemburu melihat kulit wajah saudara mara kamu lebih flawless, bersih dan sihat? Bila bergambar mereka nampak sangatlah effortless cantik tanpa menggunakan filter. Manakala kamu pula terpaksa menggunakannya untuk ambil gambar yang cantik.

Sekiranya kamu menghadapi situasi di atas, jangan sedih dan rasa down okay? Kamu boleh capai kulit yang lebih flawless, bersih tanpa sebarang cela dan sihat dengan tiga trik berikut.

Saranan Miss Murai, kamu wajib konsisten bila cuba trik ini bagi mendapatkan kulit wajah idaman. Yang paling penting bila bergambar tak perlu lagi guna filter!

#1 ‘Bersihkan wajah dengan teknik double cleansing 

Ada yang sangkakan teknik double cleansing ini hanya perlu dilakukan selepas seharian di luar atau guna mekap yang tebal dan banyak. Sebenarnya sangkaan kamu itu salah kerana teknik ini masih perlu dilakukan walaupun kamu tak kemana-mana.

Foto – Pinterest

Bila duduk dalam rumah, wajah kamu masih lagi terdedah pada kotoran seperti debu. Jadi lakukan teknik ini untuk bersihkan wajah dengan lebih mendalam supaya tidak naik jerawat pada keesokkan harinya.

#2 Jangan lupa untuk lembapkan kulit setiap masa 

Selepas double cleansing dan mencuci wajah sehingga bersih, pastikan kamu mengekalkan kelembapan kulit ye. Caranya pakai moisturizer yang sesuai dengan kulit wajah.

Sekadar info, bagi mereka yang mempunyai kulit yang kering, pastikan pakai toner terlebih dulu sebelum moisturizer. Manakala kulit berminyak pula, boleh saja kalau nak pakai moisturizer saja atau kedua-duanya sekali.

#3 Wajib pakai sunscreen!

Bukan hanya keluar saja, duduk dalam rumah pun kamu diwajibkan pakai sunscreen! Pilih sunscreen yang mengandungi SPF yang tinggi kerana cuaca di Malaysia sangat panas dan lembap.

Foto – Pinterest

Selain dapat elak daripada sinar UVA/UVB yang bahaya, kamu juga dapat elakkan daripada kulit jadi terbakar atau merengsa dengan lebih teruk.

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara jaga mukapetua jadi cantikpetua muka flawlesstips jaga wajah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara