Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!

by Rory Kim
June 23, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini, kami di Murai.my berkesempatan untuk menghadiri tayangan eksklusif dua episod pertama Ejen Ali musim ke-tiga terbitan PrimeWorks Studios dan Wau Animation bersama dengan kolaborasi daripada Disney Hot Star.

Misi Ejen Ali bersama rakan-rakannya.

Siri Ejen Ali mengisahkan tentang kisah seorang budak bernama Ali yang menjadi ejen rahsia secara tidak sengaja apabila menggunakan mesin prototaip Infinity Retinal Intelligent System (I.R.I.S) yang diciptakan oleh Meta Advance Tactical Agency (M.A.T.A). Mesin tersebut membolehkan penggunanya melakukan pelbagai aksi yang diprogramkan oleh komputer. Selepas insiden tersebut, Ali bersama pak ciknya, Bakar, mula menyertai misi oleh M.A.T.A.

Musim ke-tiga Ejen Ali merupakan sambungan daripada Ejen Ali: The Movie di mana Ejen Ali bersama rakan-rakannya akan bersaing bersama empat orang ejen M.A.T.A antarabangsa untuk membuktikan siapa yang lebih hebat dan layak menjadi ejen M.A.T.A yang terunggul.

Animasi yang gempak dan jalan cerita yang bagus

Selepas menonton tayangan tersebut, kami percaya bahawa siri Ejen Ali musim ke-tiga mempunyai animasi yang lebih bagus daripada musim-musim yang lepas menunjukkan kegigihan pihak kru dan produksi mengembangkan lagi potensi animasi tersebut sekaligus memberi perbezaan yang ketara dari segi kualiti berbanding animasi yang lain di Malaysia.

Kami juga percaya bahawa siri Ejen Ali mempunyai jalan cerita yang menarik kerana mengandungi pelbagai elemen seperti suspens, misteri, aksi, jenaka, dan pelbagai lagi membuatkan penonton tidak bosan untuk menontonnya. Ianya juga sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana memaparkan tema kekeluargaan dan paling sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan juga para remaja kerana konflik dan isu yang dihadapi oleh Ejen Ali di dalam siri tersebut mencerminkan pelbagai masalah yang sering dilalui oleh golongan tersebut.

Kami memberi pujian kepada pihak kru dan produksi kerana gigih menghasilkan animasi yang sangat berkualiti dan bermanfaat untuk khalayak ramai dan kami percaya animasi ini boleh dilonjakkan ke peringkat internasional. Bagi yang ingin menonton, jangan lupa untuk menyaksikan Ejen Ali musim ke-tiga yang akan ditayangkan secara eksklusif di Disney Hot Star pada 25 Jun ini!

disney hot starEjen Aliejen ali musim 3
https://lomp.at/xo4op
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara