Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Elak Jadi Mangsa Penipuan Produk Kecantikan Online Yang Fake, Buat Begini…

by Soph Azz
January 30, 2023
Foto - Dreamstime

Foto - Dreamstime

Share on Facebook

Sejak-sejak pandemik, kedai dalam talian semakin popular dan aktif sehingga sekarang, terutamanya yang melibatkan produk kecantikan. Mana taknya, kamu boleh beli produk kecantikan kamu di mana-mana saja tanpa perlu keluar atau berbaris di kedai.

Walaupun kaedah ini memudahkan ramai wanita; tapi kamu perlu berhati-hati kerana ada kedai dalam talian ini melakukan penipuan iaitu dengan menjual produk yang palsu dengan bebas.

Jadi nak elak diri daripada jadi mangsa salah satu penipuan kedai dalam talian ini, kalau nak beli produk kecantikan, pastikan kamu buat yang ini dulu…

1. Tengok testimoni pelanggan

Foto – IDEApers

Sebelum buat keputusan nak beli produk kecantikan dalam talian, pertama sekali kamu kena baca dan semak testimoni setiap pelanggan. Dari situ barulah kamu tahu sama ada produk yang dijual adalah palsu atau tidak.

2. Kualiti gambar yang dikongsi oleh penjual 

Walaupun produk yang pelanggan dapat dan gambar yang dimuat naik oleh penjual nampak sedikit berbeza, sekurang-kurangnya bila kamu tengok kualiti gambar tersebut, kamu boleh tentukan sama ada nak beli atau tidak.

Kebiasaannya produk yang original akan disertakan dengan gambar yang berkualiti tinggi dan susunan gambar yang teratur untuk menarik perhatian pelanggan.

3. Ketahui produk akan dihentikan atau terhad

Sekiranya kamu tak pernah lihat produk yang dijual tidak diiklankan atau ada di kedai-kedai fizikal, tetapi tiba-tiba ada dijual dalam talian, kamu perlu tanya secara terperinci tentang produk tersebut.

Foto – Dreamstime

Jika penjual mengatakan produk tersebut akan dihentikan, edisi terhad atau tidak dijual di tempat lain, percayalah ia adalah 80% produk palsu!

4. Peka pembungkusan dan tulisan di produk 

Foto – VinMec

Selalunya produk yang palsu akan cuba tiru produk original supaya nampak sama dan mengaburi pandangan pelanggan. Kalau nak tahu sama ada produk dijual itu palsu atau tidak, kamu bandingkan gambar di web dengan gambar yang dijual di kedai talian. Lihat sama ada sama atau ragu-ragu.

5. Perhatikan corak harga, adakah lebih murah?

Selalunya produk palsu akan dijual dengan sangat murah, percayalah bahawa ia adalah palsu. Lebih-lebih lagi bila dijual 70% lebih murah daripada harga asal.

Selamat beramal!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cara check produk fakeproduk kosmetik palsu
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara