Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Elak Rugi Masa Tax Refund, Ini Relief Yang Perlu Anda Semak Sekarang

by Phic ARMAN
March 2, 2026
Share on Facebook

Musim tax refund kembali lagi dan ramai rakyat Malaysia sudah mula isi borang cukai lebih awal supaya tak terlepas peluang tuntut apa yang layak. Kalau sudah tahu ada hak, jangan biar ia terlepas begitu saja.

Semak Relief Yang Dah Diperluaskan

Menurut pejuang literasi kewangan, Amy Seok, kepada The Star,  pembayar cukai perlu ambil tahu tentang pelepasan yang sudah ditambah baik tahun ini. Kalau guna senarai lama tanpa semak semula, memang boleh terkurang tuntut.

Antara yang boleh claim termasuk sehingga RM8,000 untuk rawatan dan pemeriksaan ibu bapa, RM7,000 untuk yuran pendidikan diri sendiri dan sehingga RM2,500 untuk pelepasan gaya hidup. Ia merangkumi pembelian buku, internet, telefon pintar dan komputer.

Ramai juga terlepas kategori lain seperti kos perubatan diri sendiri, perbelanjaan ibu bapa, sukan dan kursus pembangunan diri. Jadi semak betul-betul sebelum hantar.

Simpan Resit & Jangan Tunggu Saat Akhir

Semua resit perlu disimpan selama tujuh tahun seperti yang ditetapkan LHDN. Simpan secara digital pun lagi mudah supaya tak kalut bila diminta semakan.

Tarikh akhir hantar borang ialah 30 April. Lagi awal sediakan dokumen dan semak butiran bank, lagi bagus. Persediaan awal boleh elak sistem sesak dan risiko kesilapan.

Pelepasan Rumah, Perubatan & Sukan

Pembeli rumah pertama yang tandatangan perjanjian jual beli antara 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027 boleh dapat pelepasan sehingga RM7,000 (rumah harga bawah RM500,000) atau sehingga RM5,000 (harga antara RM500,000 hingga RM750,000).

Individu juga boleh tuntut sehingga RM1,000 untuk kos pemeriksaan perubatan termasuk vaksinasi.

Untuk pelepasan sukan pula, boleh tuntut sehingga RM1,000 untuk bayaran gim, peralatan sukan dan yuran pertandingan untuk diri sendiri serta keluarga.

Pakar kewangan beri contoh, jika pendapatan bercukai RM100,000 dan sudah buat caruman RM3,000 PRS serta RM8,000 SSPN, pendapatan bercukai boleh turun kepada RM89,000. Selain jimat cukai, ada juga potensi pulangan pelaburan.

Dah Boleh Hantar Secara Online

Borang cukai tahun taksiran 2025 sudah boleh dihantar melalui e-Filing LHDN. Gunakan portal MyTax atau laman rasmi HASiL supaya urusan lebih mudah dan lancar. Lagi awal buat, lagi tenang.

Amy Seok
https://lomp.at/xx5qi
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

SARA 2026 Lebih ‘Dekat’ Dengan Rakyat, 10,000 Kedai Runcit Kecil Disasar Seluruh Negara

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) apabila menyasarkan pembabitan 10,000 kedai runcit kecil di seluruh negara menjelang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Ke Watson Nak Beli Makeup, Tiba-Tiba Kena Tuduh Sondol”- Insiden ‘Sondol’ Buat Netizen Panas

by Naja Nix
January 12, 2026

Satu rakaman video di TikTok kini tular selepas memaparkan situasi tegang yang berlaku di sebuah cawangan Watson, apabila seorang wanita...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Naja Nix
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
via Reddit/ sharuddin58.blogspo
Sosial Buzz

RM1,000 Kini Jadi Harta Karun? Netizen Temui Wang Legasi Milik Arwah Datuk Undang Nostalgia

by Naja Nix
January 13, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila seorang pengguna mendedahkan penemuan sekeping wang kertas RM1,000 lama dalam...

Read moreDetails
Insentif

Cadangan Umur Baru Pra Sekolah & Tahun 1: Apa Implikasinya Kepada Ibu Bapa?

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila pendidikan prasekolah akan bermula seawal usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore