Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli- “Mereka Baling Batu, Ugut & Tikam Tangan Saya Dengan Pen”

by Nurul A.
August 6, 2025
Foto - @farahdhiya_fd (IG)

Foto - @farahdhiya_fd (IG)

Share on Facebook

Memandangkan kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kisah buli, termasuklah kisah Allahyarhamah Zara Qairina, ramai orang mula membuka mulut menceritakan kisah mereka dibuli ketika waktu persekolahan termasuklah Farahdhiya.

Berkongsi kisahnya dibuli ketika sekolah, pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengatakan insiden tersebut berlaku ketika dia berusia 13 tahun. Berbeza dengan zaman sekarang, Farahdhiya mendedahkan bahawa kes buli pada ketika itu tidak tular kerana ketiadaan media sosial.

“Sebenarnya buli ni daripada dulu dah ada cuma tak menjadi berita besar sebab zaman tu bukan zaman social media seperti sekarang.”

Foto – @farahdhiya_fd (IG/Thread)

Mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli, Farahdhiya mendedahkan dia dibuli kerana dia merupakan pelajar baharu yang masuk di pertengahan tahun di sekolah tersebut. Bermula daripada itu, dia menjadi sasaran beberapa kumpulan pelajar perempuan. Salah satu kumpulan pelajar perempuan telah memanggilnya dengan panggilan kurang enak, membaling batu dan menconteng namanya di kawasan sekolah.

“I still remember dekat sekolah I ada beberapa group of girls konon-konon feeling spicegirls. They called me names, baling batu, nama I penuh diconteng dekat lab, dinding toilet and siap dapat surat ugut macam-macam lagi.”

Foto – @farahdhiya_fd (IG/Thread)

Kongsinya lagi, dia berdiam diri dan buli tersebut berlarutan selama setahun. Namun, selepas itu Farahdhiya mula mengambil tindakan apabila pembuli-pembuli tersebut mula menganggunya secara fizikal.

“All this bullying went on for about a year, I senyap, tak pernah melawan. Sampai masuk form 2, I dah cannot take all the makin hamun and the bullying anyomore, I decided to stand up for myself. Dalam hati I masa tu memang tunggu diaorang sentuh I dulu sebab selama ni diaorang gertak-gertak tapi tak sampai naik tangan. But that particular day, memang impian I jadi kenyataan, one of them sentuh I.”

Foto – @farahdhiya_fd (IG/Thread)

Tidak mendiamkan diri, Farahdhiya bangkit melawan pembuli-pembulinya dan salah seorang daripada mereka telah menikam tangannya.

“I pun automatically dengan baju kurungnya, I started hitting and kicking her back. Nak dijadikan cerita seorang tergolek, another 1 mula-mula macam nak tolong rescue her friend so she stabbed me with a pen tapi kena dekat tangan je. Diorang pulak tak sangka Farahdhiya rupanya boleh jadi fighter.”

Selepas kejadian itu, Farahdiya memberitahu bahawa pembuli-pembulinya mula bersemuka dan meminta maaf terhadapnya. Pesan Farahdhiya, dia berharap agar individu yang membuli mula berubah dan menjadi insan yang lebih baik untuk masa depan mereka.

Luna Maya Kahwin Lelaki Muda, Farahdhiya Juga Menanti Jodoh Di Usia 41 Tahun
buliFarahdhiyaKes bulipembuliZara Qairina
https://lomp.at/0281z
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @ritrud727 (IG)
Lokal

[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian

by Nurul A.
January 6, 2026

Pelakon Rita Rudaini baru-baru ini mencuri perhatian apabila berkongsi sebuah momen yang cukup istimewa bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore