Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Farid Kamil Tersentuh Apabila Diana Danielle Marahkan Anak-Anak ?

by Ayden Mikhael
May 12, 2018
Share on Facebook

Ucapan Datin Diana Danielle kepada suami, Datuk Farid Kamil di Instagram bersempena hari lahir Farid Kamil baru-baru ini cukup romantik sekali.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Diana itu, Diana menyifatkan Farid sebagai seorang suami yang terbaik untuk dirinya dan bapa yang penyayang buat dua cahaya mata mereka iaitu Muhammad serta Nur Aurora.

“Selamat hari jadi kepada bapa terbaik yang diinginkan oleh mana-mana anak! Saya hargai betapa kasihnya awak terhadap anak-anak kita dan bagaimana awak selalu menjaga mereka – kalau anak jatuh dia lari dulu. Refleks pun bagus kadang-kadang anak baru nak tergolek dia dah sambut. Dia dulu yang panik dan dia dulu yang cepat bertindak,” tulis Diana.

View this post on Instagram

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

Malah Diana turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki lelaki yang sangat mencintai akan dirinya selain mendedahkan Farid sebenarnya seorang yang sangat mengasihi anak-anak. Kata Diana lagi, Farid juga mudah tersentuh apabila dia memarahi Muhammad atau Aurora jika ada di antara mereka yang melakukan kesalahan.

“Ini adalah rasa kasih yang mampu menyeberangi lautan api dan kerana itu saya sayangkan awak. Awak adalah seorang bapa dan suami yang hebat dan sentiasa menyokong apa yang saya dan anak-anak lakukan.

“Selamat ulang tahun, semoga sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Semoga kejayaan dan ketenangan hati sentiasa berada di sisi awak,” Tulis Diana Lagi.

murai.my mendoakan agar keluarga bahagia ini akan terus bahagia dan senantiasa dirahmati Allah swt, aamiin!

Sumber : Instagram Diana Danielle

Diana Danielle Kongsi Pengalaman Menembak Di PLKN, Netizen Luah Rasa Rindu!
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/en826
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem